Anda di sini

Warga emas digalak amal gaya hidup sihat

Advertisement
 Masiung melancarkan Sambutan Hari Warga Emas Sedunia Peringkat Negeri Sabah sambil diperhatikan oleh Christina (dua kiri).
LANCAR: Masiung melancarkan Sambutan Hari Warga Emas Sedunia Peringkat Negeri Sabah sambil diperhatikan oleh Christina (dua kiri).

KINABATANGAN: Warga emas digalak mengamalkan gaya hidup sihat untuk meningkatkan tahap kesihatan dan dapat mencegah daripada penyakit kronik sekali gus menjamin kehidupan lebih berkualiti pada usia tua.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah berkata mengamalkan gaya hidup sihat dan bijak menguruskan emosi dan sentiasa berfikiran positif mampu menjadi penawar terbaik untuk memastikan diri kekal sihat walaupun semakin berusia.

“Gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit dan adalah faktor yang akan menntikan tahap kesihatan,” katanya.  

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmi Sambutan Hari Warga Emas Sedunia Peringkat Negeri Sabah di Dewan Serbaguna Kampung Simpang Entilibon, Tongod di sini semalam.

Masiung berkata gaya hidup sihat perlu diamalkan oleh semua lapisan masyarakat terutamanya warga emas dimana seandainya amalan-amalan gaya hidup sihat diabaikan, besar kemungkinan seseorang itu mudah diserang penyakit, menghadapi konflik dan stres atau terjebak dalam masalah sosial.

“Kesihatan merupakan kunci kepada kesejahteraan insan. Mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan akan dapat menghidarkan kita daripada menghadapi masalah kesihatan, mental dan sosial,” katanya.    

Terdahulu berucap pada majlis itu, Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr. Christina Rundi berkata sambutan Hari Warga Emas Sedunia diadakan pada 1 Oktober setiap tahun.

“Bagi Sabah, penganjurannya dilaksanakan secara bergilir di daerah-daerah di negeri ini bagi membolehkan warga emas dikawasan berkenaan juga mendapat pengetahuan berkenaan kepentingan menjaga kesihatan seperti di usia mereka,” katanya.

Beliau berkata jika dilihat pada tahun 1960an, jangka hayat manusia di Malaysia adalah sehingga usia 59 tahun sahaja.

“Tetapi kini jangka hayat bagi lelaki adalah berusia 75 tahun manakala 78 tahun dimana Malaysia juga mempunyai ramai warga emas berbanding di tahun 1960an,” katanya.

Beliau berkata perkembangan ini juga selari dengan peningkatan taraf ilmu dan pengetahuan, pendidikan, sosioekonomi serta kemudahan kesihatan.

Antara aktiviti yang diadakan termasuk berjalan santai 10,000 langkah warga emas, saringan kesihatan percuma, pemeriksaan gigi dan sukaneka pertandingan menumbuk padi serta pameran kraftangan dan persembahan gong dan tarian kebudayaan oleh warga emas kampung ini.

  • oleh
  • Advertisement