Anda di sini

Rekaan penyokong tangan pengimpal juara MCiTeC ILP

 Para pemenang pertandingan inovasi bergambar bersama (barisan belakang dari tiga kiri) Sutekno, Dr Ting dan Pengarah ILP Miri Mustal Makmud.
TERBAIK: Para pemenang pertandingan inovasi bergambar bersama (barisan belakang dari tiga kiri) Sutekno, Dr Ting dan Pengarah ILP Miri Mustal Makmud.

MIRI: Projek Welder Hand Support iaitu penyokong tangan pengimpal rekaan pelatih Institut Latihan Perindustrian (ILP) menjuarai pertandingan Tek-nologi, Inovasi, Kreativiti Miri (MCiTeC) di ILP di sini, semalam.

Tempat kedua dan ketiga dimenangi projek Smart Key Finder yang membantu pemilik mencari kunci dan Smoke Shielded Welder iaitu pengelak asap kimpal dari memasuki ruang pelindung kepala.

Juara menerima hadiah RM700, naib juara RM500 dan tempat ketiga RM300, berserta pingat dan sijil.

Aktiviti kali kelima ini menerima penyertaan 42 projek dari sekolah, institusi awam dan ILP.

Sebanyak 30 kumpulan layak ke peringkat akhir.

Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) Su-tekno Ahmad Belon berkata, aktiviti membantu menyu-burkan budaya inovasi dan kreativiti di kalangan masya-rakat terutamanya generasi muda.

Turut diadakan ialah pameran agensi kerajaan dan swasta, ‘Kahoot Challenge’, jualan gerai keusahawanan dan pameran bidang kemahiran.

“Hasil daripada pertandi-ngan ini, projek inovasi yang berpotensi berpeluang untuk dibawa ke peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan inovasi anjuran jabatan, ke-menterian, IPTA, IPTS dan antarabangsa,” jelasnya.

Peserta didedahkan de-ngan pendekatan konsep Revolusi Industri 4.0 selaras dengan tema pertandingan ‘Ke Arah IR 4.0’ yang selaras dengan saranan Kementerian Sumber Manusia untuk mengetengahkan IR 4.0 dalam perlaksanaan latihan TVET Malaysia.

ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon berkata, aktiviti menunjukkan komitmen warga ILP Miri untuk terus membudayakan inovasi dalam tugas seharian.

“Inovasi dan transformasi adalah perkara yang penting ke arah IR4.0 bagi menghasilkan idea-idea menjangkau pemikiran biasa di mana dapat membantu meningkatkan kualiti kerja dan berdaya saing dengan negara-negara maju lain,” jelasnya.