Anda di sini

Penggubal undang-undang prodemokrasi diheret keluar dari dewan undangan HK

Advertisement
 Penggubal undang-undang prodemokrasi diheret keluar oleh pengawal keselamatan ketika Lam menjawab soalan daripada penggubal undang-undang berhubung dengan ucapan dasarnya di dewan undangan di Hong Kong, China semalam. — Gambar Kim Kyung-Hoon/Reuters
KECOH: Penggubal undang-undang prodemokrasi diheret keluar oleh pengawal keselamatan ketika Lam menjawab soalan daripada penggubal undang-undang berhubung dengan ucapan dasarnya di dewan undangan di Hong Kong, China semalam. — Gambar Kim Kyung-Hoon/Reuters

HONG KONG: Penggubal undang-undang prodemokrasi diheret keluar dari dewan undangan Hong Kong oleh pengawal ke-selamatan semalam setelah mereka asyik mengganggu pemimpin bandar raya tersebut yang pro-Beijing buat hari kedua berturut-turut, insiden terbaharu dalam sengketa politik di bandar raya yang bergolak itu.

Ketua eksekutif Carrie Lam berdepan dengan ke-marahan para penentangnya sejak dewan undangan dibuka untuk sesi baharu kelmarin, tiga bulan selepas bangunan itu dirosakkan oleh penunjuk perasaan yang menutup muka.

Lam tidak dapat menyam-paikan ucapan dasar ala ‘State of the Union’ kelmarin selepas penggubal undang-undang prodemokrasi, yang merupakan golongan minoriti dalam dewan unda-ngan yang dikuasai ahli-ahli pro-Beijing, berulang kali mengganggunya.

Sebaliknya beliau terpaksa menyampaikan ucapan menerusi video yang dirakam lebih awal.

Beliau kembali ke Dewan Undangan semalam untuk sesi di mana beliau dijangka menjawab soalan daripada penggubal undang-undang tentang kandungan dalam ucapan dasar itu.

Namun huru-hara meletus sekali lagi apabila penentang politiknya melaungkan slogan dan diheret keluar satu per satu dari dewan.

Hong Kong telah digegarkan oleh pergolakan politik terburuk dalam tempoh beberapa dekad.

Jutaan telah menunjuk perasaan di jalanan, pada mulanya untuk menentang cubaan yang kini sudah digugurkan oleh para pe-mimpin untuk membenarkan ekstradisi ke tanah besar China yang mengamalkan pemerintahan kuku besi.

Namun selepas Beijing dan Lam mengambil pendirian yang keras, pergerakan itu meningkat kepada kempen yang lebih umum untuk demokrasi dan akauntabiliti polis.

Aktivis sudah bertahun-tahun menuduh Beijing menghakis kebebasan yang unik di bandar raya itu, bercanggah dengan persetujuan yang menggariskan pengembalian Hong Kong kepada China dari penjajahan British pada 1997.  

Lam, yang dilantik oleh sebuah jawatankuasa pro-Beijing, kini menikmati penarafan sokongan yang paling rendah dalam sejarah dan mengalami kesukaran untuk menamatkan krisis politik.

Ucapan dasar kelmarin dilabel sebagai satu cubaan untuk menawan hati dan fikiran selepas protes prodemokrasi yang ganas selama empat bulan.

Namun ia dikecam hebat oleh penentang dan juga sekutunya kerana tidak menawarkan apa-apa dari segi penyelesaian politik yang substantif.

Sebaliknya Lam memberi tumpuan kepada rungutan ekonomi, janji untuk me-ningkatkan perumahan dan bekalan tanah di bandar raya yang mempunyai pasaran hartanah paling tidak mampu dimiliki di dunia, selain mengumumkan beberapa subsidi.

Namun beliau tidak memberi sebarang konsesi politik kepada pergerakan demokrasi dan berkata kemajuan hanya dapat dicapai apabila keganasan penunjuk pera-saan berakhir.

Aktivis sudah menyata-kan mereka hanya akan menamatkan perhimpunan besar-besaran jika tuntutan teras tidak dipenuhi, terma-suk inkuiri bebas ke atas pasu-kan polis, pengampunan am bagi lebih 2,500 orang yang ditangkap, dan pilihan raya yang bebas sepenuhnya.

Lam dan Beijing berulang kali menolak tuntutan tersebut dan berkata kebebasan Hong Kong sedang dilin-dungi. — AFP

Advertisement