Anda di sini

Peraturan imigresen berhubung kemasukan ke Sarawak kekal - Pejabat Ketua Menteri

Advertisement
Abang Johari Tun Openg (kiri) dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika mengadakan sidang media bersama selepas mengadakan perjumpaan tertutup di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah pada 14 Oktober. - Gambar Bernama
Abang Johari (kiri) dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika mengadakan sidang media bersama selepas mengadakan perjumpaan tertutup di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah pada 14 Oktober. - Gambar fail Bernama


KUCHING: Pejabat Ketua Menteri Sarawak hari ini menegaskan syarat imigresen kemasukan warga Sabah ke negeri ini kekal.

Jika pun wujud cadangan hendak mengecualikan syarat hak imigresen seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, kenyataan pejabat itu menegaskan:

"Sebagai jawapan terhadap soalan pemberita di Kota Kinabalu baru-baru ini, tidak ada mengesyorkan kelonggaran akan dilaksanakan tanpa pertimbangan teliti dan rapi berkaitan keadaan sosial dan geopolitik termasuk masalah pendatang asing." 

Penjelasan Pejabat Ketua Menteri itu menjawab berbagai kritikan dan persoalan susulan laporan berita menyatakan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg membayangkan warga Sabah mungkin dibenarkan masuk ke Sarawak tanpa syarat imigresen.

Advertisement