Anda di sini

Dewan Perwakilan AS lulus ‘Akta Demokrasi’ Hong Kong

Advertisement
 Penunjuk perasaan antikerajaan membawa sepanduk menuntut kebebasan Hong Kong  ketika berhimpun di luar Dewan Perwakilan di Hong Kong, China semalam. — Gambar Ammar Awad/Reuters
RIUH: Penunjuk perasaan antikerajaan membawa sepanduk menuntut kebebasan Hong Kong ketika berhimpun di luar Dewan Perwakilan di Hong Kong, China semalam. — Gambar Ammar Awad/Reuters

WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan rang undang-undang kelmarin yang dituntut oleh penunjuk perasaan prodemokrasi di Hong Kong untuk mempertahankan hak sivil di wilayah separa autonomi itu, yang menimbulkan kemarahan China.

Akta Demokrasi dan Hak Asasi Manusia Hong Kong, yang kini akan dibawa ke Se-nat sebelum ia dapat menjadi undang-undang, disokong oleh kedua-dua pihak dalam Kongres.

Undang-undang itu akan menamatkan status dagangan istimewa Hong Kong-AS jika Jabatan Negara tidak mengesahkan setiap tahun bahawa pihak berkuasa di bandar raya itu menghormati hak asasi manusia dan keluhuran undang-undang.

China menyuarakan “kemarahan” dengan kelulusan akta itu, yang turut mewajibkan presiden AS untuk mengenal pasti dan menghukum orang yang bertanggungjawab bagi penghakisan autonomi dan pencabulan hak asasi manusia yang serius di Hong Kong.

“Apa yang dihadapi Hong Kong bukanlah apa yang disebut sebagai isu demokrasi dan hak asasi manusia sama sekali, tetapi isu menghenti-kan keganasan, mengembalikan ketenteraman dan menegakkan keluhuran undang-undang secepat mungkin,” jurucakap kementerian luar Geng Shuang menyebut dalam satu kenyataan.

Geng berkata AS harus “berhenti campur tangan” dan memberi amaran bahawa China akan mengambil “langkah tegas” untuk menangani usul bagi rang undang-undang Hong Kong itu.

“Pada hari ini, kami hanya menggesa Presiden China dan Ketua Eksekutif Hong Kong Carrie Lam untuk dengan setia menghormati janji kerajaan” bahawa autonomi dan hak Hong Kong akan dilindu-ngi, kata Wakil Republikan Chris Smith, penaja utama rang undang-undang itu, dalam Dewan kelmarin.

China kerap menuduh “kuasa luar” mengapi-apikan rusuhan selama berminggu-minggu di hab kewangan global itu.

Jutaan penduduk telah menunjuk perasaan di jalan raya Hong Kong, pada mulanya untuk membantah cubaan yang kini sudah di-gugurkan oleh kepimpinannya untuk membenarkan ekstradisi ke tanah besar China yang mengamalkan pemerintahan kuku besi.

Ahli Dewan Republikan Mario Diaz-Balart berkata akta berkenaan memastikan “hubungan istimewa dengan Hong Kong bertahan hanya selagi Hong Kong mengekalkan autonomi dan kebebasan yang mewajarkan hubungan istimewa itu”.

Dewan turut meluluskan, dengan undian suara yang sama, satu rang undang-undang berkaitan untuk mela-rang eksport barang kawalan orang ramai tertentu yang amnya tidak membahayakan nyawa, seperti gas pemedih mata, ke Hong Kong.

Amnesty International menuduh polis di bandar raya itu menggunakan kekerasan berlebihan, tetapi polis berkata mereka telah bertugas dengan penuh kesabaran.

Satu ketetapan dewan ber-asingan meminta kerajaan Hong Kong memulakan rundingan bagi menangani tuntutan penunjuk perasa-an, termasuk hak untuk mengundi bagi semua rakyat dan siasatan bebas ke atas kelakuan polis.

Aktivis terkemuka dari Hong Kong memberikan keterangan dalam satu pendengaran di Kongres pada bulan lepas untuk menyokong rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan kelmarin. — AFP

Advertisement