Anda di sini

Sarawak pamer aksi cemerlang

Advertisement
 Jumaat (berdiri enam kanan) bersama kontinjen muaythai Sarawak mencapai kejayaan cemerlang pada kejohanan muaythai kebangsaan kelmarin.
HEBAT: Jumaat (berdiri enam kanan) bersama kontinjen muaythai Sarawak mencapai kejayaan cemerlang pada kejohanan muaythai kebangsaan kelmarin.

KUCHING: Kontinjen Muaythai Sarawak mempamerkan aksi cemerlang pada Kejohanan Muaythai Terbuka Kebangsaan 2019 yang berlangsung meriah di KL Sports City, Bukit Jalil pada hujung minggu lalu.

Dengan membariskan 14 petinju dari pasukan Pembangunan Muaythai Sarawak, kontinjen negeri berjaya membawa pulang tujuh pingat emas, dua perak dan empat gangsa pada kejohanan yang menjadi salah satu program Bulan Sukan Negara (BSN) 2019.

Penyumbang pingat emas ialah Mikail Ghazali (kanak-kanak 10-11 tahun/30kg), Texas Jeremy Lo (kanak-kanak 10-11 tahun/40kg), Nur Akma Farhana Mohd Tuah (remaja wanita 13 tahun/40kg), Bryan Anderson Jeffery (remaja lelaki 14-15 tahun/54kg), Ayu Addyqa Azmi (remaja lelaki 16-17 tahun/45kg), Anicia Sumak Ribat (remaja wanita 16/17tahun, 42-45kg) dan Nickalos Jelenggai Nalambong (remaja lelaki 16-17 tahun/71kg).

Pingat perak pula disumbangkan Syarif Nukman Norman (remaja lelaki 12-13 tahun/34kg) dan Nur Azirah Mohamad Yudi (remaja wanita 15-16 tahun/51kg).

Manakala gangsa diraih Muhammad Nur Aidit Hazziq Azman Roney (kanak-kanak 10-11/32kg), Nur Arifah Mahsunah Baharom (remaja wanita 16-17/45-48kg), Muhammad Zafri Haziq Jafari (remaja lelaki 16-17/51kg) dan Florence Umang Baring (remaja wanita 16-17/51kg).

Petinju dari Miri, Matthews Hii Zhen Cheng bagaimanapun sekadar menamatkan saingan peringkat suku akhir dalam kategori remaja lelaki 14-15/51kg.

Presiden Persatuan Muaythai Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian petinju-petinju pembangunan pada kejohanan tersebut.

“PMNS ingin merakamkan penghargaan kepada Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dr Ong Kong Swee atas bimbingan dan kepimpinan pada Program Pembangunan Muaythai.

“Penghargaan juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Sarawak termasuk sekolah-sekolah dan kelab-kelab muaythai yang bertanding.

“Semua petinju terlibat banyak menyumbang kepada pembangunan sukan muaythai di Sarawak,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

  • oleh
  • Advertisement