Anda di sini

NGO digalakkan anjur lebih banyak aktiviti bersukan

Advertisement
 Christina (tengah) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan ketika di majlis berkenaan.
KENANGAN: Christina (tengah) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan ketika di majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Lebih banyak aktiviti bersenam perlu dianjurkan bagi memberikan manfaat kepada komuniti tempatan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, aktiviti seumpamanya mampu mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat dan wajar dilakukan selalu.

"Berbasikal (48.7km), VIP & Fun Ride (10km), Fun Run (4.2km) dan Fun Walk (4.2km) adalah satu penganjuran yang baik dijayakan bersama oleh Kelab Berbasikal Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama Rotary Club Kota Kinabalu Central yang diketuai oleh Presidennya Demi Koh.

"Acara ini juga disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan, pihak berkuasa berkaitan dan banyak lagi kelab," katanya dalam satu kenyataan selepas melepaskan para peserta dalam Karnival Sukan 4 dalam 1 di sini kelmarin.

Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar menggalakkan Rotary Club Kota Kinabalu Central dan badan bukan kerajaan (NGO) yang lain untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti sihat kepada masyarakat dari semua peringkat umur.

"Kementerian saya sudah pasti akan memberikan sokongan penuh kepada program seumpamanya yang bertujuan untuk meningkatkan tahap  kesihatan masyarakat kita," katanya.

Dalam ucapannya, Rotary Club Kota Kinabalu Central difahamkan ingin menganjurkan acara bertaraf antarabangsa pada masa hadapan khususnya dalam bidang sukan berbasikal dan larian.

Katanya, aktiviti-aktiviti berkenaan sudah pasti mampu meningkatkan lagi sektor pelancongan di Sabah yang selaras dengan hala tuju kementeriannya.
 

  • oleh
  • Advertisement