Anda di sini

Konsert Rakyat meriahkan sambutan hari lahir TYT di Miri

Advertisement
 Ting (duduk tengah) bergambar dengan artis yang terlibat menjayakan Konsert Rakyat di Coco Cabana malam kelmarin.
MERIAH: Ting (duduk tengah) bergambar dengan artis yang terlibat menjayakan Konsert Rakyat di Coco Cabana malam kelmarin.

MIRI: Konsert Rakyat di Coco Cabana malam kelmarin memeriahkan lagi sambutan perayaan hari lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ke 83 tahun di sini.

Persembahan penyanyi terkenal tanahair Faizal Tahir menghangatkan lagi suasana dengan kehadiran ribuan pengunjung dari dalam dan luar Miri.

Konsert bermula jam 8 malam itu juga dijayakan oleh artis tempatan Ricky Andrewson, Melissa Francis, Firdaus Materang, Bibiyanti, Dreamage, D’ Voice, Norafizah Busman, Raquel Then, Siti Hajar dan Kumpulan Tuku Kamek.

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting juga hadir menyaksikan konsert.

Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan tarian moden dan tradisional. Konsert diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

Konsert anjuran kerajaan negeri Sarawak itu antara beberapa program dikendalikan di sini sempena perayaan bermula Jumaat.

Turut diadakan ialah majlis kesyukuran, istiadat perbarisan dan rapat raksasa di Stadium Miri, istiadat pengurniaan darjah-darjah kebesaran negeri Sarawak, majlis jamuan negeri, majlis jamuan teh  dan pameran Dirgahayu.

  • oleh
  • Advertisement