Anda di sini

Mohamad Hakimi latih pasukan luar negara

Advertisement
 Pemain-pemain SSB Permata Curug bersedia menimba ilmu pada Klinik Bimbingan Bola Sepak 2019 di Bogor, Jakarta Selatan, 11 Oktober lalu.
TIMBA ILMU: Pemain-pemain SSB Permata Curug bersedia menimba ilmu pada Klinik Bimbingan Bola Sepak 2019 di Bogor, Jakarta Selatan, 11 Oktober lalu.

MIRI: Sekolah Sepak Bola (SSB) Permata Curug, Desa Curug Kecamatan Gunungsidur Kab Bongor Indonesia turut menimba ilmu dan pengalaman dari jurulatih tempatan dari Miri.

Jurulatihnya, Mohamad Hakimi Man turut berasa berbangga kerana pengalamannya mengendalikan dan membimbing pasukan bola sepak tempatan dihidu pasukan bola sepak negara jiran.

“Lebih 40 kanak-kanak dari SSB Permata Curug bersama jurulatihnya dan saya sendiri telah berkongsi ilmu dan pengalaman dalam Klinik Bimbingan Bola Sepak 2019 di Bogor, Jakarta Selatan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Hakimi berkata, SSB juga amat komited dalam membangunkan sukan bola sepak kalangan kanak-kanak seterusnya menjadikannya landasan untuk melahirkan pemain-pemain profesional.

Beliau banyak mengadakan klinik pembangunan bola sepak di peringkat sekolah rendah dan menengah di Sarawak serta ada pasukan di bawah kendaliannya mencipta kejuaraan.

Atas kejayaan itu, SSB Permata Curug telah menjemput Hakimi untuk menjadi pembimbing klinik itu bagi memberi pendedahan kepada pemain-pemain muda SSB.

Dalam klinik berkenaan, kanak-kanak didedahkan teknik kawalan bola, hantaran pendek, cara mengelecek, sepakan penalti dan sebagainya.

“Saya percaya usaha SSB Permata Curug mengasah bakat pemain-pemain muda berada di landasan yang betul dan inisiatif mereka mencari jurulatih pembimbing dari luar perlu dijadikan contoh pasukan bola sepak tempatan di Malaysia,” katanya.

Tambahnya, setiap jurulatih dari lain-lain negara sudah semestinya mempunyai acuan, ramuan dan teknik tersendiri untuk menjadikan pasukan itu kuat dan digeruni.

Hakimi berterima kasih dengan SSB Permata Curug dan Ketua Masyarakat Curug Kecamatan Gunung Aindur Kabupaten, Edi Mulyadi yang memberi layanan mesra sepanjang klinik tersebut.

  • oleh
  • Advertisement