Anda di sini

Kemudahan, prasarana sukan akan dinaik taraf

Advertisement
 Tan (empat dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Tun Juhar.
CENDERAMATA: Tan (empat dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Tun Juhar.

KOTA KINABALU: Kemudahan dan prasarana sukan di negeri ini akan dinaik taraf dalam usaha mengembalikan kegemilangan sukan di Sabah.

Pengerusi Lembaga Sukan Negeri Sabah Dr KH Tan menjelaskan pihaknya juga komited melaksanakan inisiatif bagi menaiktaraf kemudahan serta meningkatkan prestasi sukan ke tahap yang tertinggi.    

"Pada 25 tahun lalu, kebanyakan acara kita adalah juara, tetapi kini kita jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri di Semananjung yang mempunyai fasiliti lebih baik dan telah dinaik taraf," katanya.

Namun, dengan barisan ahli-ahli lembaga yang mempunyai kepakaran serta kemahiran masing-masing, pihaknya yakin mampu mengembalikan kecemerlangan dan kegemilangan Sabah.

"Untuk itu, kita akan melihat semula semua kemudahan, memastikan prestasi serta kemahiran kakitangan supaya kualiti perkhidmatan dapat diperbaiki.

"Umum mengetahui, kita mempunyai 16 kompleks sukan di seluruh Sabah dan jika nak dibandingkan dengan keluasan negeri ini yang mencapai sekitar 74 ribu km persegi, memang bukan mudah untuk diuruskan.

"Bagaimanapun, kita pasti dapat melaksanakannya terutama dalam sukan berpretasi tinggi menerusi kaedah naik taraf kemudahan, peralatan terkini dan meningkatkan tahap mutu latihan," katanya kepada media selepas membuat kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, semalam.
 

  • oleh
  • Advertisement