Anda di sini

Kemabong dipilih sebagai pusat kajian UNDP

Advertisement
 Jamawi bersama penduduk kampung Rundum Highlands merakamkan gambar kenangan bersama rombongan UNDP.
KENANGAN: Jamawi bersama penduduk kampung Rundum Highlands merakamkan gambar kenangan bersama rombongan UNDP.

KEMABONG: Sebuah Juruperunding Antarabangsa dan Tempatan United Nation Development Program (UNDP) memilih daerah ini sebagai salah satu pusat kajian untuk pengumpulan maklumat bagi sistem makanan, penggunaan tanah dan program impak pemulihan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Jamawi Jaafar berkata kajian ini dijangka akan dimulakan pada tahun 2021 dibawah pembiayaan United Nation.

"Kita mengharapkan hasil kajian ini dapat membantu melonjakkan pembangunan yang lebih mampan khususnya dalam sektor pertanian dan pelancongan di kawasan ini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat bersama juruperunding berkenaan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kecil Kemabong baru-baru ini.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Kemabong Djamaludin Kamarudin, Penolong Pegawai  Daerah Tenom Martinus Lunggeh dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kemabong Burnley Balang serta Pegawai Perhutanan Tenom dan Keningau.

Menurut Jamawi dalam mesyuarat itu beliau membentangkan halatuju perancangan Kemabong untuk impian dan harapan rakyat Kemabong  bagi jangkamasa lima tahun akan datang.

"Penjelasan ini saya harap dapat membantu kajian mereka yang sudah tentu memberikan impak positif untuk kemajuan di daerah ini," katanya.

Dalam pada itu Jamawi yang juga pengerusi Kelab Penyokong kerajaan berkata, juruperunding UNDP juga amat teruja dengan kebolehan dan kemajuan Pelancongan Komuniti yang baru berusia lebih kurang setahun di Marais Centre dan Rundum Highlands. Alam sekitar dan keindahan alam semulajadi yang sukar ditemui di tempat lain.

Selepas mengadakan mesyuarat Jamawi turut membawa rombongan juruperunding berkenaan melawat beberapa kawasan menarik di Kemabong antaranya Marais Center dan Rundum Highlands.

Advertisement