Anda di sini

Kelab Toastmaster perkembang kepimpinan, jalin kerjasama tanpa sempadan

Advertisement
 T.C. Lim (tengah) bersama kepimpinan baharu Kelab Toastmaster Labuan.
JUBILEE PERAK: T.C. Lim (tengah) bersama kepimpinan baharu Kelab Toastmaster Labuan.

LABUAN: Kelab Toasmaster berjaya menjadi wadah memperkembang bakat diri dalam meningkatkan kemahiran pengucapan awam, kepimpinan dan motivasi dalam kalangan ramai orang tanpa mengira bangsa dan agama.

Pengasas Toastmaster Kota Kinabalu T.C. Lim berkata pelbagai aktiviti kelab itu bertujuan meneroka potensi diri dan membina jalinan persahabatan, kerjasama serta usaha bersama dalam dunia tanpa sempadan.

"Kita bukan sahaja membina kemampuan diri dalam berkomunikasi tetapi juga melengkapkan pengembaraan mengusahakan kebaikan bersama," katanya ketika berucap pada majlis angkat sumpah kepimpinan Kelab Toastmaster Labuan 2019-2020 semalam.

Majlis angkat sumpah itu menyaksikan Julinah Singau mendapat amanah menerajui kelab itu sebagai presiden, diikuti tiga naib presiden Susanna Koh, Shirly Ho dan Keith Koh Kinajil.

Manakala setiausaha ialah Lilian Ling, Rafliza Rusli (Bendahari), Juriati Jumat (Sarjan AA) serta Muhammad Zulkarnain Yazed (mantan presiden).

Sementara ahli jawatankuasa terdiri daripada Margaret Lok, Tan Chui Eng, Lawrence Liew, Julie Koh, Daria Gom, Mary Monica Jiony, John Tan, Amirudean Sapiee dan Elizabeth Goh.

Majlis angkat sumpah itu juga adalah bersempena dengan Jubilee Perak penubuhan kelab itu di sini yang ke-25 tahun.
 

  • oleh
  • Advertisement