Anda di sini

Polis Perancis berkas suspek bunuh keluarga di Scotland

Advertisement
 Gambar fail 22 April, 2011 menunjukkan pegawai polis mengawasi kawasan sekitar rumah di mana Dupont de Ligonnes (sisipan) disyaki membunuh isteri dan anak-anaknya. — Gambar AFP
LOKASI JENAYAH: Gambar fail 22 April, 2011 menunjukkan pegawai polis mengawasi kawasan sekitar rumah di mana Dupont de Ligonnes disyaki membunuh isteri dan anak-anaknya. — Gambar AFP

PARIS: Polis Perancis memburu seorang lelaki yang melarikan diri sejak disyaki membunuh isteri dan anak-anaknya pada lapan tahun lepas kelmarin menangkap seorang suspek di Scotland berhubung dengan kes itu, kata seorang sumber yang dimaklumkan.

Polis membuat tangkapan mereka di Glasgow selepas satu maklumat dalam pemburuan mereka untuk Xavier Dupont de Ligonnes, tambah sumber tersebut.

Pihak berkuasa pada mula-nya menahan suspek di Lapangan Terbang Charles de Gaulle  di Paris ketika dia bersedia untuk menaiki sebuah pesawat ke bandar Scotland itu.

Selepas pesawat men-darat dia telah menjalani pemeriksaan cap jari, kata polis Scotland.

Polis Perancis menyatakan cap jari mengenal pasti dia sebagai Dupont de Ligonnes, sumber Perancis yang rapat dengan siasatan memberitahu AFP.

Dupont de Ligonnes, yang merupakan subjek bagi satu waran tangkap antarabangsa, menghindar pemburuan polis di wilayah Var di selatan Perancis pada Januari tahun lepas selepas beberapa saksi melaporkan melihat seorang lelaki menyerupainya berhampiran sebuah biara.

Seorang ahli perniagaan daripada sebuah keluarga aristokrat, dia disyaki membunuh isteri dan anak-anak mereka di bandar barat Nantes sebelum mengebumikan mereka di bawah teres di rumah bandar elegan mereka.

Pendakwa raya Perancis menyatakan dia membunuh mangsa dalam “cara menyerupai hukuman mati”, menembak dua das peluru daripada senjata yang di-senyapkan pada jarak dekat di bahagian kepala mereka, sebelum dia menolak mereka ke dalam kapur dan menanam mereka di bawah simen.

Dupont de Ligonnes dilaporkan memberitahu sekolah tinggi swasta Katolik yang dihadiri oleh anak-anak remajanya bahawa dia akan dipindahkan bagi satu pe-kerjaan di Australia.

Dia dikatakan memberitahu rakannya bahawa dia adalah seorang ejen rahsia Amerika Syarikat yang akan diletakkan di bawah program perlindungan saksi.

Seorang jurucakap Polis Scotland berkata: “Pada 11 Oktober 2019, seorang lelaki telah ditangkap di Lapangan Terbang Glasgow dan masih berada dalam tahanan polis berhubung dengan satu Waran Tangkap Eropah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Perancis.”

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengesahkan identitinya dan kami meneruskan untuk berhubung dengan rakan setugas kami dari beberapa agensi yang relevan,” tambahnya. — AFP

Advertisement