Anda di sini

Polis ada bukti asas jalankan siasatan terhadap LTTE

Advertisement
 Muhyiddin (dua kiri) menerima Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (dua kanan) menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena sambutan Ulang Tahun Yang di-Pertua Negeri ke-81 di Balai Istiadat, Seri Negeri, Ayer Keroh dekat Melaka, semalam. — Gambar Bernama
PENGANUGERAHAN: Muhyiddin (dua kiri) menerima Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (dua kanan) menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena sambutan Ulang Tahun Yang di-Pertua Negeri ke-81 di Balai Istiadat, Seri Negeri, Ayer Keroh dekat Melaka, semalam. — Gambar Bernama

MELAKA: Pihak polis mempunyai bukti dan asas kukuh bagi menjalankan siasatan terhadap gerakan Kumpulan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) berdasarkan risikan yang dilakukan dalam jangka masa panjang sebelum ini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata daripada risikan polis menunjukkan bahawa terdapat asas kukuh keganasan atau kemungkinan berlaku keganasan daripada gerakan kumpulan LTTE di negara ini.

“Soal pokok bukan hanya kepada LTTE sebaliknya daripada risikan polis terdapat elemen-eleman yang menunjukkan ada bentuk keganasan atau mungkin berlaku keganasan dalam siasatan LTTE,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2019 sempena Sambutan Hari Jadi ke-81 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di Balai Istiadat, Seri Negeri, Ayer Keroh semalam.

Muhyiddin merupakan penerima tunggal Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Muhyiddin berkata LTTE masih dianggap sebagai kumpulan pengganas walaupun kumpulan tersebut telah diharamkan atau sebagainya telah lama berlalu.

Beliau berkata keputusan membuat siasatan terhadap kumpulan tersebut dibuat oleh pihak polis berdasarkan risikan yang dilakukan dalam satu tempoh yang amat panjang kerana tidak mahu melihat ada kecederungan mana-mana pihak dalam negara atau luar negara terlibat dalam eleman-eleman keganasan.

“ Kita perlu banteras di peringkat awal lagi atau tindakan tegas berlandasakan undang-undang akan kita laksana…bagi saya Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bertindak atas dasar kesederan untuk  menjaga keselamatan negara berdasarkan peruntukan yang ada.

“Saya harap semua pihak faham kerana kita ingin menentukan negara ini sentiasa aman,eleman keganasan ini bukan bergantung kepada soal kaum, kalau ada Daesh berlaku dikalangan kumpulan penganas orang Melayu dan Islam kita akan ambil tindakan,”katanya.

Polis baru-baru ini telah menahan tujuh individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Negeri Sembilan dan Melaka berhubung pembabitan mereka dalam menyokong kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). — Bernama

Advertisement