Anda di sini

Penunggang motosikal maut terpelanting dalam parit

Advertisement
Anggota bomba mengangkat mangsa dari parit
Anggota bomba mengangkat mangsa keluar dari parit 

SIBU: Seorang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Kemuyang, di sini hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Edwin Johny, 38, yang berasal dari Rumah Barnabas, Batu Luking di Kanowit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata, sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi untuk memberikan khidmat khas kemalangan jalan raya selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.58 petang.

“Sejurus sampai di lokasi, didapati pasukan perubatan Hospital Sibu telah berada di lokasi dan memohon bantuan pihak bomba untuk mengangkat mangsa yang terpelanting ke dalam parit tepi jalan utama,” jelasnya menerusi satu kenyataan.

Katanya, pasukan bomba turun ke dalam parit untuk membawa mangsa naik sebelum diserahkan kepada pegawai perubatan untuk pemeriksaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.
 

  • oleh
  • Advertisement