Anda di sini

Larian SABERKAS Borneo Eco Trek disertai 500 peserta

Advertisement
 Ting (tiga kanan), Tiong (dua kanan) ketika melakukan upacara pelepasan peserta acara larian SABERKAS Unit Borneo Eco Trek semalam.
SEDIA MULA: Ting (tiga kanan), Tiong (dua kanan) ketika melakukan upacara pelepasan peserta acara larian SABERKAS Unit Borneo Eco Trek semalam.

SIBU: Larian Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Unit Borneo Eco Trek berjaya menarik penyertaan kira-kira 500 peserta semalam.

Acara larian sempena sambutan ulang tahun ke-10 penubuhannya diadakan di Jade Dragon Temple, Batu 16, Jalan Sibu-Bintulu.

Acara dibahagikan kepada tiga kategori iaitu 10km jarak jauh, 6km jarak sederhana dan 3km jarak dekat.

Upacara pelepasan peserta disempurnakan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting.

Dalam ucapannya, Ting berkata beliau menyokong sepenuhnya acara larian itu serta mengalu-alukan acara ini diteruskan pada masa akan datang.

"Saya bercadang membawa ahli-ahli MPS mengambil bahagian dalam acara ini pada tahun hadapan," katanya.

Terdahulu, pengerusi pengelola Raymond Tiong merakamkan penghargaan kepada semua pihak menjayakan larian tersebut.

"Acara ini bukan sahaja mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta tetapi juga sokongan penaja.

"Lebih menarik acara ini bukan sahaja disertai masyarakat tempatan malah turut disertai peserta dari luar termasuk Bintulu, Tatau dan Kapit," katanya.

Hadir sama Pengerusi Pansar Berhad, Datuk James Tai dan Pengarah Urusan Pansar Berhad, Datuk Jason Tai.

Advertisement