Anda di sini

Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang

Advertisement
 Anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran sebuah rumah di Jalan Abdul Rahman, Sarikei malam kelmarin.
MARAK: Anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran sebuah rumah di Jalan Abdul Rahman, Sarikei malam kelmarin.

SARIKEI: Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Abdul Rahman di sini, tengah malam kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 12.45 tengah malam.

“Kedua-dua keluarga terbabit tinggal di sebuah rumah setingkat berstruktur tidak kekal.  Keluarga pertama mempunyai sebelas ahli, manakala keluarga kedua mempunyai tiga ahli.

“Ketika anggota bomba tiba di lokasi, mereka mendapati api sedang marak meranapkan rumah terbabit.

“Anggota bomba mengambil masa sejam setengah untuk mengawal seterusnya memadam kebakaran tersebut.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan kepada media, semalam.

Tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian itu.

Advertisement