Anda di sini

DNC anjur Seminar Kebebasan Beragama dan Pembangunan Bangsa pada 9 Nov

Advertisement
 Patrick (duduk, dua kiri) bersama (duduk dari kiri) John, Paul dan Mengga pada sidang media di Kuching, semalam.
SERTAI KAMI: Patrick (duduk, dua kiri) bersama (duduk dari kiri) John, Paul dan Mengga pada sidang media di Kuching, semalam.

KUCHING: Kongres Kebangsaan Dayak (DNC) akan mengadakan Seminar Kebebasan Beragama dan Pembangunan Bangsa pada 9 November depan di Dewan Utama Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) di sini.

Pengerusi pengelola Patrick Sibat berkata, seminar dari jam 8 pagi hingga 4 petang itu akan menyaksikan empat kertas kerja dibentangkan berkaitan isu kebebasan beragama.

“Antara objektif penganjuran adalah untuk mendidik dan mewujudkan keseda-ran dalam kalangan warga-negara bahawa di bawah Perlembagaan Persekutuan, pelbagai undang-undang berkaitan melindungi serta menghormati kebebasan beragama di negara kita.

“Selain itu, antara yang ditekankan juga cabaran utama yang dihadapi berhubung dengan hak kebebasan ber-agama atau kepercayaan di Malaysia,” katanya pada sidang media selepas mesyua-rat mengenai penganjuran seminar di sini, semalam.

Sidang media turut dihadiri Presidennya Paul Raja, dua penasihat DNC Mengga Mikui dan Datuk John Tenewi serta ahli-ahli DNC lain.

Tambah Patrick, selepas seminar DNC juga mungkin akan mengemukakan syor-syor bagi membantu menangani cabaran-cabaran yang dihadapi.

Selain itu katanya, pengesyoran juga membantu kerajaan memastikan pelaksanaan rangka kerja undang-undang berkaitan dapat dijalankan mengikut undang-undang hak asasi manusia.

Mengenai peserta seminar katanya, pihak DNC meng-alu-alukan orang awam daripada pelbagai lapisan masyarakat menyertai seminar berkenaan agar mereka lebih memahami isu yang dibangkitkan.

“Pendaftaran adalah percuma dan kami mengalu-alukan orang awam datang menyertai seminar tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama,” kata-nya.

Bagaimanapun katanya, penyertaan adalah terhad dan mereka yang berminat di-saran membuat pendaftaran dengan segera.

Advertisement