Anda di sini

Vehicle Monitoring System dilancar di CIQ Sungai Tujoh

Advertisement
 Ting dan Sharifah Halimah membantu pemandu dari Brunei semasa pelancaran VMS Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDRM) Miri di CIQ Sungai Tujoh disaksikan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii.
LANCAR: Ting dan Sharifah Halimah membantu pemandu dari Brunei semasa pelancaran VMS Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDRM) Miri di CIQ Sungai Tujoh disaksikan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii.

MIRI: Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan menyasarkan pemasangan Vehicle Monitoring System (VMS) di semua Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) negeri ini bagi memastikan ia memenuhi keperluan dan lebih efisien.

Menteri Mudanya Datuk Sebastian Ting berkata sehubungan itu beliau mengumumkan peruntukan sejumlah RM200,000 di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) tahun depan bagi membantu pemasangan VMS.

Beliau berkata, sistem ini dapat mengatasi prosedur kerja kurang mesra pengguna dan mengakibatkan penge-luaran pas kenderaan mengambil masa lama.

“Kita mahu memastikan prosedur untuk semua kenderaan keluar masuk ke Sarawak berjalan lancar dan memberi impak negatif terhadap industri pelancongan,” katanya semasa merasmikan VMS Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDRM) Miri di CIQ Sungai Tujoh semalam.

Sistem ini dicipta Pasukan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) CIQ Sungai Tujoh JKDRM dan pertama seumpamanya di Sarawak bagi mengatasi masalah prosedur kerja kurang mesra pengguna dan mengakibatkan pengeluaran pas kenderaan mengambil masa lama.

“Sebagai CIQ yang pertama dari tujuh buah CIQ di Sarawak menggunakan sistem ini, saya dapati ia memang mesra pengguna di CIQ Sungai Tujoh.

“Pengguna mengambil masa beberapa saat sahaja untuk imbas dan pergi berbanding sebelum ini membebankan pengguna sehingga ada merungut kerana me-nunggu lama,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Kastam Sarawak Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata sejak dilaksanakan Jun tahun ini sebanyak 349,000 kenderaan asing direkodkan melalui CIQ Sungai Tujoh iaitu 2.5 kali ganda berban-ding 140,000 tahun lalu.

Katanya, daripada 84,080 permohonan yang diterima sehingga 8 Oktober sebanyak 58,460 sudah diluluskan.

Sebelum pelaksanaan VMS, proses permohonan pas kenderaan dilakukan secara manual dan ini menyebabkan pemohon terpaksa beratur panjang untuk memohon pas kenderaan.

“Sistem ini bukan hanya mengesan kenderaan memasuki negara kita malah ia dapat memantau kenderaan asing tinggal melebihi tempoh di sini,” katanya.

Beliau menambah, jabatan akan terus memantau keber-kesanan sistem itu sebelum diperluas ke CIQ lain.

Melalui sistem VMS, pemohon boleh memohon pengecualian di bawah Butiran 13 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017 melalui dalam talian (pas kenderaan) iaitu www.customssg7.my. Permohonan boleh dibuat terlebih dahulu oleh pemohon sebelum memasuki Malaysia.

Setiap permohonan baharu, pemohon dikehendaki mencetak terus pas kenderaan di negara asal.

Pas kenderaan hendaklah mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada pegawai kastam bertugas sebelum dibe-narkan memasuki Malaysia dan kelulusan hanya diberi dalam tempoh tiga bulan.

Advertisement