Anda di sini

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam 2019

Advertisement
 Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Guru 2019 kepada Abd Hamid Mohamad pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam peringkat negeri di Institut Tadbiran Islam Perak semalam. — Gambar Bernama
TERIMALAH: Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Guru 2019 kepada Abd Hamid Mohamad pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam peringkat negeri di Institut Tadbiran Islam Perak semalam. — Gambar Bernama

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah semalam berkenan berangkat ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam peringkat negeri Perak Tahun 2019 di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di sini.

Turut berkenan berangkat sama ke majlis itu ialah Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan isteri, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohamed Radzi, barisan exco kerajaan negeri dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin berkenan menyampaikan 29 kategori anugerah kecemerlangan kepada 106 penerima meliputi pelbagai peringkat pendidikan dengan seramai 57 penerima terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah Agama Rakyat dan Sekolah Menengah Agama Negeri manakala 49 orang pula menerima Sijil Pengajian Masjid.

Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan Anugerah Jasamu Dikenang Tahun 2019 kepada dua warga pendidik iaitu Rogayah Kassim dan Megat Aznir Megat Said serta Anugerah Tokoh Guru Tahun 2019 kepada Abdul Hamid Mohamad. — Bernama

Advertisement