Anda di sini

Sekretariat PH Parlimen Batang Sadong akan ditubuh

Advertisement
Ahli-ahli PH Batang Sadong yang hadir mesyuarat penyelarasan penubuhan MPKK merakam kenangan.
MESYUARAT:Ahli-ahli PH Batang Sadong yang hadir mesyuarat penyelarasan penubuhan MPKK merakam kenangan.

KOTA SAMARAHAN: Pakatan Harapan (PH) Batang Sadong akan menubuhkan Sekretariat PH Parlimen Batang Sadong secara rasmi dalam masa terdekat.

Perkara ini didedahkan Ketua Cabang Keadilan Batang Sadong Piee Ling selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Sadong Jaya di sini, semalam.

Menurutnya, keanggotaan sekretariat itu nanti akan terdiri daripada wakil pemegang jawatan tertinggi daripada setiap parti komponen PH dalam Parlimen Batang Sadong.

“Sehingga kini, komponen PH yang bertapak di parlimen ini terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), AMANAH dan BERSATU.

“Parlimen Batang Sadong terdiri daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya, Simunjan dan Gedong,” katanya selepas mesyuarat penyelarasan.

Mengenai MPKK pula, Piee menyatakan sebanyak 96 buah akan ditubuhkan di seluruh kawasan parlimen selewat-lewatnya 20 Oktober ini.

Menurut beliau, kerja rundingan sedang giat diadakan di setiap kampung.

Turut hadir semasa mesyuarat tersebut adalah Ketua Bahagian AMANAH Batang Sadong Othman Mustapa dan ahli BERSATU Abdullah Sakawi.

Advertisement