Anda di sini

PSB Dudong bantu ibu tunggal hadapi kesempitan hidup

Advertisement
 Loh (tiga kiri) bersama ahli-ahli Wanita PSB Dudong ketika berkunjung ke rumah Ngik Chin (tiga kanan) semalam.
PRIHATIN: Loh (tiga kiri) bersama ahli-ahli Wanita PSB Dudong ketika berkunjung ke rumah Ngik Chin (tiga kanan) semalam.

SIBU: Parti Sarawak Bersatu (PSB) Cawangan Dudong menghulurkan bantuan bagi membantu ibu tunggal dua anak yang dalam kesempitan hidup selepas ditinggalkan suaminya.

Bantuan dalam bentuk wang disampaikan Ketua Wanita PSB Dudong Kapitan Connie Loh kepada ibu tunggal terbabit, Tiong Ngik Chin, 54.

Menurut Loh, PSB juga mendermakan sejumlah wang daripada Dana i-Care kepada keluarga terbabit bagi meringankan beban mereka sejak hampir empat tahun lalu.

“Sayap Wanita PSB Dudong juga membantu beliau menerusi Dana i-Care sejak hampir empat tahun lalu,” katanya di sini semalam.

Di samping itu, Wanita PSB Dudong juga membantu Ngik Chin memohon geran Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak bagi membaiki rumahnya yang usang.

“Kita berharap orang ramai tampil memberi sumbangan bagi membantu keluarga terbabit,” kata Loh.

Ngik Chin tinggal di rumah diwarisi daripada ibunya di Jalan Jerrwit Timur di sini bersama dua anaknya sejak tiga tahun lalu.

Dua anak lelakinya berusia 19 dan 29 tahun mengalami austistik dan memerlukan penjagaan khas.

Ngik Chin tidak mempunyai pekerjaan tetap ditinggalkan suaminya sejak 19 tahun lalu.

Advertisement