Anda di sini

Pendukung sukan Sabah alu-alukan Belanjawan 2020

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Pendukung sukan Sabah turut mengalu-alukan Belanjawan 2020 negara yang dibentangkan Menteri Kewangan,  Lim Guan Eng semalam.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Peter Anthony berkata, pembangunan bola sepak negara diberi nafas baru dengan adanya peruntukan khas RM45 juta.

"Sebagai sukan nombor satu dunia, kerajaan telah mengambil langkah yang tepat dengan memberikan peruntukan khas untuk pembangunan bola sepak.

PETER
PETER

"Saya harap Sabah akan mendapat agihan peruntukan sewajarnya dari bajet ini agar potensi besar bola sepak yang ada di Sabah juga mampu diangkat kerana saya percaya Sabah mampu menjadi lubuk produk pemain berkualiti," katanya

Setiausaha Agung Persatuan Karate Sabah (SKA), Julian Chin pula menyifatkan bajet  untuk sukan itu sebagai pemangkin kepada pembangunan sukan di Malaysia.

"Saya percaya Sabah juga akan mendapat manfaat daripada bajet itu," katanya.

Presiden Persatuan Angkat Berat Sabah (SWA), Phillip Gisan mengucapkan syabas dengan bajet yang dibentangkan terutama untuk sukan yang disifatkannya mampu memberi kesan positif kepada pembangunan secara menyeluruh.

JULIAN
JULIAN

"Harap-harap semua persatuan sukan akan mendapat bantuan kewangan terutama dalam pembangunan sukan baik di peringkat kebangsaan mahu pun negeri," katanya.

Belanjawan 2020 Negara memperuntukkan RM299 juta untuk menaiktaraf kemudahan sukan  termasuk Kompleks Belia dan Sukan serta Kompleks Sukan Komuniti.

Sebanyak RM179 juta pula diperuntukkan persiapan dan penyertaan negara ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, Sukan SEA Hanoi 2021 dan pembangunan atlet Paralimpik.

Sambil itu, selain RM45 juta untuk pembangunan bola sepak, turut diumumkan adalah peruntukan RM10 juta untuk pembangunan atlet wanita.

PHILIP
PHILIP
  • oleh
  • Advertisement