Anda di sini

Pembangunan prasarana di Sabah tidak akan jejaskan alam sekitar

Advertisement
 Jaujan (dua kanan) dan Mursidi (kanan) melepaskan para peserta larian ketika di majlis berkenaan.
LEPASKAN: Jaujan (dua kanan) dan Mursidi (kanan) melepaskan para peserta larian ketika di majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Pembangunan prasarana di Sabah tidak akan mengambaikan kepentingan untuk mengekalkan atau mewujudkan persekitaran hijau bagi menjamin kehidupan lebih sihat serta harmoni

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, usaha untuk memastikan pembangunan fizikal bagi kesejahteraan semua akan diutamakan.

"Begitu juga perlunya kita berusaha untuk mengekalkan persekitaran hijau yang tanpa kita sedar memberi manfaat kepada bukan sahaja kita malah semua makhluk yang hidup bersama-sama kita di bumi ini.

"Saya juga merakamkan tahniah kepada semua yang telah berlari sejauh lebih kurang 5 kilometer sebagai tanda sokongan terhadap program ini sekaligus menggambarkan keprihatinan kita dan mempunyai sikap ambil peduli yang tinggi terhadap kesejahteraan persekitaran kita.

"Sesungguhnya kesedaran berkenaan kepentingan untuk mempunyai persekitaran yang sejahtera dan hijau ini amat perlu untuk ditanam dalam diri setiap dari kita serta keluarga kita bagi menjamin masa depan yang lebih baik," katanya ketika menyempurnakan Program Larian 'Planners Run 2019 - Run For Green' Sempena Hari Perancang Bandar Sedunia 2019.

Beliau berkata, program seumpamanya mempunyai hubung kait dengan usaha kerajaan kini yang ke arah pembangunan hijau.

Katanya, setiap pembangunan yang dilakukan perlu mengambil kira kepentingan alam sekitar dan program yang diadakan ini adalah satu pendekatan diambil bagi mewujudkan kesedara ke arah itu.

"Kita harus mempunyai masyarakat yang sihat, tidak ada gunaanya pembangunan ada tetapi rakyatnya tidak sihat.

"Pembangunan kena seimbang dan lestari dengan  mengambil kira kepentingan sungai-sungai, pulau serta komponen alam sekitar yang lain," katanya.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, setiap peserta yang berjaya menghabiskan larian berkenaan akan menerima anak pokok setiap seorang.

"Saya memuji usaha ini untuk menggalakkan lebih banyak lagi penanaman pokok dan menyokong budaya ‘kehijauan’,' katanya.

Hadir sama ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masnah Matsalleh, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Negeri Mursidi Sapie serta tetamu kehormat yang lain.
 

  • oleh
  • Advertisement