Anda di sini

Pasangan tikam menteri Indonesia dikenal pasti ada kaitan dengan IS

Advertisement
 Gambar Antara Foto menunjukkan Wiranto diserang ketika lawatannya di Pandeglang, wilayah Banten, Indonesia kelmarin. — Gambar Antara Foto/Reuters
SAAT MENCEMASKAN: Gambar Antara Foto menunjukkan Wiranto diserang ketika lawatannya di Pandeglang, wilayah Banten, Indonesia kelmarin. — Gambar Antara Foto/Reuters

JAKARTA: Dua anggota sebuah rangkaian pengganas yang dikaitkan dengan militan Daesh (IS) telah menikam ketua menteri keselamatan Indonesia Wiranto kelmarin, kata ketua perisikan, menyebabkan ahli politik yang berpengaruh itu menjalani pembedahan kecemasan bagi kecederaannya.

Gambar di televisyen me-nunjukkan anggota kese-lamatan bergelut dengan seorang lelaki dan seorang wanita di atas tanah di Pandeglang di pulau Jawa selepas serangan terhadap Wiranto, yang dikenali de-ngan hanya satu nama, ketika beliau keluar dari sebuah kenderaan.

Suspek telah dikenal pasti sebagai pasangan suami isteri bernama Syahril Alamsyah, 31, dan Fitri Andriana, 21, menurut media tempatan.

Mereka merupakan anggota Jamaah Ansharut Daulah (JAD), sebuah kumpulan ekstremis yang bertanggungjawab ke atas pengeboman nekad di beberapa gereja di bandar kedua terbesar Surabaya di Indonesia pada tahun lepas, ketua Agensi Perisikan Negara Budi Gunawan memberitahu wartawan di Jakarta.

JAD adalah antara beberapa kumpulan radikal yang menjanjikan kesetiaan kepada kumpulan IS di Indonesia, yang telah lama bergelut dengan kegiatan militan Islamis.

Wiranto, 72, yang menurut pihak polis merupakan salah seorang daripada beberapa sasaran  dalam satu ranca-ngan pembunuhan sebelum ini yang gagal, telah dibawa dengan helikopter ke ibu negara, di mana beliau dirawat untuk dua kecedera-an tikaman pisau di bahagian perutnya.

Satu operasi selama tiga jam “berjalan lancar”, setiausaha kabinet Indonesia Pramono Anung memberitahu wartawan di hospital tentera Gatot Subroto.

Anung menyatakan beliau baru melihat Wiranto, yang mana pembedahan beliau telah selesai dan beliau dimasukkan ke ICU.”

“Ia telah diuruskan dengan sangat baik oleh pihak hospital,” kata beliau dalam sebuah video yang dipaparkan oleh laman sesawang berita detik.com.

Sebelum itu Presiden Joko Widodo menyatakan Wiranto sedang “menjalani pembedahan dan saya memohon supaya semua rakyat Indonesia berdoa supaya beliau segera sembuh.”

“Serta saya meminta bantuan semua orang dalam menentang fahaman radikal dan keganasan kerana kita hanya mampu untuk melakukannya bersama,” tambah beliau.

Cubaan membunuh itu muncul hanya selepas se-minggu sebelum Widodo menamatkan satu penggal kedua sebagai pemimpin kepada kepulauan Asia Tenggara yang mempunyai kira-kira 260 juta penduduk, negara majoriti beragama Islam terbesar di dunia.

Tiga orang lagi – seorang ketua polis tempatan dan dua pembantu – turut mengalami luka tikaman pisau semasa serangan kelmarin namun pihak berkuasa menyatakan mereka tidak mengalami ke-cederaan yang membahaya-kan nyawa.

Seorang saksi memberi-tahu wartawan AFP bahawa penyerang wanita telah memakai pakaian yang menutupi anggota badan dan mukanya.

“Ketika kereta berhenti, terdapat orang yang mengepung di sekeliling, melindungi beliau (Wiranto),” katanya.

“Namun seorang lelaki telah berjaya memasuki bulatan tersebut dan menikam Wiranto. Wanita itu turut cuba untuk menikam beliau. Lelaki itu ditangkap dan wanita itu berlawan dengan anggota polis.”

Pada tahun lepas, JAD melancarkan satu gelombang pengeboman nekad oleh keluarga – termasuk kanak-kanak kecil – di gereja di Surabaya, membunuh beberapa penganut.

Kebanyakan serangan lepas oleh militan Indonesia adalah terhadap anggota polis dan simbol negara yang lain.

Pihak berkuasa biasanya menahan anggota militan yang setia kepada IS di mana mereka mendakwa telah me-rancang bagi serangan bom dan lain-lain.

“Anggota JAD telah me-nyasarkan apa yang mereka kenali sebagai Ansharut Thagut (kezaliman) dan itu termasuk pegawai kanan ke-rajaan,” menurut Muhammad Syauqillah, pengarah program  bagi Pusat Kajian Keganasan di Universiti Indonesia.

Wiranto, ketua pasukan tentera yang telah bersara dan seorang calon jawatan presiden yang gagal, telah dilantik untuk jawatannya pada 2016 dan mengawasi beberapa jabatan, termasuk kementerian hal ehwal luar negara dan pertahanan.

Beliau telah berdepan dengan kontroversi bagi pen-cabulan hak asasi manusia dan tuduhan bagi jenayah terhadap kemanusiaan yang dikaitkan dengan penaklukan kejam Timor Leste di Indonesia.

Pada Mei lepas, pihak polis menyatakan Wiranto dan tiga pegawai kanan lagi telah menjadi sasaran dalam rancangan pembunuhan yang gagal dikaitkan dengan rusuhan berdarah di Jakarta selepas kemenangan pelantikan semula Widodo.

Sekumpulan enam orang – ditangkap sebelum mereka dapat melakukan pembunuhan – merancang untuk membunuh pihak berkuasa dan seorang penduga undi pilihan raya dalam satu usaha untuk menolak negara ke dalam keadaan huru-hara, kata polis pada masa itu. — AFP

Advertisement