Anda di sini

Nelayan terjun laut elak ditahan anggota PPM

Advertisement
 Tangkapan ikan yang dirampas di atas bot pam suspek.
RAMPAS: Tangkapan ikan yang dirampas di atas bot pam suspek.

KOTA KINABALU: Tiga nelayan sanggup terjun ke laut untuk mengelakkan ditahan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) yang menjalankan rondaan Op Gelora di Tanjung Gaya Karambunai di sini malam kelmarin.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, kejadian berlaku apabila anggotanya mengarahkan bot pam yang dikendalikan seorang juragan serta dua penumpang untuk berhenti bagi tujuan pemeriksaan kira-kira jam 8 malam.

"Juragan bot bagaimanapun bertindak melajukan bot ke arah pantai sebelum terjun ke laut meninggalkan bot pam terbabit.

 Peralatan serta barangan termasuk botol plastik mengandungi baja amonia dipercayai untuk mengebom ikan, jaring serta kaki itik ditinggalkan suspek.
BOM IKAN: Peralatan serta barangan termasuk botol plastik mengandungi baja amonia dipercayai untuk mengebom ikan, jaring serta kaki itik ditinggalkan suspek.

"Sebaik diperiksa, anggota kita menemukan pelbagai peralatan di dalam bot itu termasuk tiga unit botol plastik dipercayai mengandungi baja amonia nitrat, dua unit detonator yang siap dipasang fius, sepasang kaki itik dan seunit jaring untuk menyimpan ikan," katanya.

Menurutnya, kesemua rampasan yang dianggarkan bernilai RM4,860 dibawa ke Markas Operasi PPM Kota Kinabalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan bahan letupan.
 

  • oleh
  • Advertisement