Anda di sini

Lelaki didakwa dalam kes tembakan di El Paso mengaku tidak bersalah

Advertisement
 Crusius (tengah) mengaku tidak bersalah ketika pendakwaannya di mahkamah di El Paso, Texas kemarin. — Gambar Mark Lambie/Pool/Reuters
TIDAK MENYESAL: Crusius (tengah) mengaku tidak bersalah ketika pendakwaannya di mahkamah di El Paso, Texas kemarin. — Gambar Mark Lambie/Pool/Reuters

WASHINGTON: Lelaki bersenjata di sebalik satu insiden tembakan di Texas, Amerika Syarikat (AS) yang membunuh 22 orang telah mengaku tidak bersalah untuk membunuh dengan niat semasa pendakwaannya kelmarin, kata pejabat pendakwa raya.

Patrick Crusius, 21, telah dituduh melakukan tembakan beramai-ramai pada 3 Ogos di sebuah pasar raya Walmart di bandar El Paso di barat Texas. Dia mengaku kepada pihak polis semasa ditangkap dan menyatakan dia menyasarkan “penduduk Mexico”.

“Crusius mengaku tidak bersalah pada tengah hari,” menurut pejabat peguam daerah El Paso.

“Peguam Daerah Jaime Esparza akan meminta hukuman mati.

Perbicaraan di Mahkamah Negeri El Paso merupakan kemunculan umum pertama  Crusius sejak penahanannya.

Pendakwa raya Texas mendakwa Crusius bagi pembunuhan dengan niat pada Ogos lepas, hari selepas serangan.

Peguam bela AS bagi Da-erah Barat Texas, John Bash, kemudian menambah bahawa kes telah dianggap sebagai satu tindakan ke-ganasan domestik.

Crusius dipercayai telah memandu selama sembilan jam dari Allen, kampung halamannya di utara Texas, ke bandar sempadan El Paso yang mempunyai majoriti penduduk Hispanik.

Dia boleh dilihat dalam satu rakaman video daripada kamera keselamatan Walmart ketika memasuki kedai sambil membawa selaras raifal serangan.

Sebelum melakukan sera-ngan itu, Crusius telah men-dedahkan satu manifesto ketuanan orang kulit putih secara dalam talian yang menyuarakan kebimbangan tentang “penaklukan Hispanik” di Texas.

Lapan orang yang terkorban dalam serangan itu adalah rakyat Mexico, dan ramai daripada mangsa lain adalah rakyat AS yang mempunyai asal-usul Hispanik.

Pengkritik Donald Trump telah menuduh presiden itu mencetuskan kebencian nasionalis kulit putih di AS de-ngan retorik antipendatang, termasuk komen-komen merujuk kepada pendatang Mexico sebagai penjenayah dan perogol. — AFP

Advertisement