Anda di sini

Lebih 2,000 orang sertai Hari APP-presiasi Sarawak Energy

Advertisement
 Sharbini (dua kiri) menyerahkan baucar tunai kepada salah seorang pemenang sambil  disaksikan Lau (kanan) dan Pengurus Besar Peruncitan Ng Shou Fui (kiri).
TERIMALAH: Sharbini (dua kiri) menyerahkan baucar tunai kepada salah seorang pemenang sambil disaksikan Lau (kanan) dan Pengurus Besar Peruncitan Ng Shou Fui (kiri).

KUCHING: Lebih 2,000 orang menyertai aktiviti menyenorokkan semasa Hari APP-presiasi Sarawak Energy pada hujung minggu lepas di Vivacity Megamall di sini.

Acara dua hari itu mengetengahkan aplikasi mudah alih SEB Cares, inovatif Sarawak Energy bagi menggalakkan lebih ramai pengguna menikmati manfaat daripada penyedia e-penyelesaian khidmat pengguna sehenti.

Pengunjung dibantu oleh pasukan Peruncitan Sarawak Energy mengenai pendaftaran baharu bagi SEB Cares dan memperkenalkan perkhidmatan peruncitan tambah nilai seperti pengurusan akaun,e-bil dan sokongan teknikal.

Program tersebut dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Sarawak Energy Datu Sharbini Suhaili dan turut dihadiri CEO SESCO Lau Kim Swee serta ahli-ahli pasukan pengurusan yang lain.

Pengunjung yang menyertai permainan interaktif yang diadakan turut membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM30,000 yang ditawarkan.

Acara tambahan lain termasuk pengenalan Fasa II Projek Meter Pintar kepada penduduk di Tabuan Jaya Baru, Tabuan Laru dan Jalan Kempas.

Bermula dari 7 Oktober 2019, sebanyak 4,500 meter pintar disasarkan akan dipasang secara percuma di kawasan ini sebagai sebahagian daripada kajian perintis Sarawak Energy untuk memasang 6,000 meter sehingga hujung tahun ini.

Pemilik rumah dengan meter pintar akan menerima bil elektrik yang tepat menerusi bacaan meter masa sebenar.

Pelanggan boleh dengan mudah memantau corak penggunaan elektrik harian mereka menerusi SEB Cares bagi tujuan perancangan kecekapan tenaga yang lebih baik.

Sebelum memberi kebenaran untuk pemasangan meter, penduduk dinasihati agar mengesahkan kakitangan Sarawak Energy menerusi kad pengenalan kakitangan mereka, seragam korporat, jaket keselamatan dan kenderaan syarikat dengan jenama Sarawak Energy.

Penduduk dari kawasan Tabuan Jaya Baru, Tabuan Laru dan Jalan Kempas boleh membuat temu janji bagi pemasangan meter dengan menghubungi Pusat Jagaan Pelanggan Sarawak Energy di talian 1300-88-3111.

Advertisement