Anda di sini

KPKP SK Balung adakan lawatan sambil belajar

Advertisement
 Penolong Kanan PPKI Mustamin Latipa menyampaikan  cenderakenangan kepada wakil Pasaraya Gentingmas.
PENGHARGAAN: Penolong Kanan PPKI Mustamin Latipa menyampaikan cenderakenangan kepada wakil Pasaraya Gentingmas.

TAWAU: Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) Sekolah Kebangsaan (SK) Balung mengadakan  lawatan sambil belajar di Borneo Choco Smurf, Bandar Sri Indah, di sini baru-baru ini.

Seramai 23 orang murid PPKI terlibat  dalam lawatan ini yang merupakan antara silibus program tahunan sekolah.

Guru Besar SK Balung Mohd Fazil Yee Abdullah berkata, program ini merupakan landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada pelajar-pelajar istimewa.

"Melalui program ini juga, guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi  pengalaman dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih  memberangsangkan minat murid," katanya.

Katanya, selaras dengan hasrat negara untuk memasyarakatkan golongan berkeperluan khas di negara ini, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar pendidikan khas.

"Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan.

"Selain itu, ia merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda  dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneroka masa depan yang lebih baik,"  katanya.

Fazil berharap, melalui program lawatan ini dapat menyuntik semangat kepada murid  tentang pentingnya ilmu sains dan pengurusan kehidupan dalam aktiviti seharian mereka.

"Pihak KPKP SK Balung juga berharap supaya  program ini dapat  memenuhi keperluan  pembelajaran murid-murid di luar bilik darjah," jelasnya.

Turut terlibat dalam lawatan tersebut lima orang guru PPKI, seorang PPM dan 10 orang  ibu bapa.

  • oleh
  • Advertisement