Anda di sini

Final Super Veteran Liga Perpaduan Sabah hari ini

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Pasukan Tuaui SV dan PSV akan membuat perhitungan terakhir pada final hari ini (Ahad) bagi menentukan pemilik gelaran juara Katagori Super Veteran Liga Perpaduan Sabah.

Perlawanan itu dijadualkan berlangsung di Stadium Penampang di mana sepak mula adalah pada jam 3.30 petang.

PSV mara ke final selepas menang 2-0 ke atas Hungab SV pada separuh akhir manakala Tuaui SV menumpaskan FCK United 5-1.

Pada suku akhir, PSV mengalahkan RRB 2-1 sementara Tuaui menewaskan Telipok SV 2-1.

PSV adalah pasukan pilihan kejohanan itu di mana pasukan itu dibarisi beberapa bekas pemain utama Sabah seperti Matlan Marjan, Gerald Mojiliu, G Ravichandran dan Junaidi Tuah.

Bagaimanapun Tuaui dijangka mampu memberi kejutan berdasarkan rekod baik konsisten pasukan itu sepanajng liga berkenaan.

Kejohanan itu disertai 16 pasukan dan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM17,000 serta, trofi dan medal untuk pemenang juara hingga separuh akhir.

Pengerusi penganjur, Edwin Jomiji mengalu-alukan orang ramai terutamanya peeminat bola sepak di daerah Penampang dan sekitaranya datang menyaksikan final itu.

"Masuk untuk menyaksikan perlawanan ini adalah percuma," katanya.

  • oleh
  • Advertisement