Anda di sini

Empat lelaki miliki dadah ditahan

Advertisement
 Sebahagian suspek yang ditahan sebelum dikumpulkan di IPD Kota Kinabalu untuk tujuan dokumentasi.
TAHAN: Sebahagian suspek yang ditahan sebelum dikumpulkan di IPD Kota Kinabalu untuk tujuan dokumentasi.

KOTA KINABALU: Empat lelaki yang memiliki dadah ditahan polis dalam Ops Sarang yang dijalankan di beberapa kawasan di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kesemua suspek ditahan dalam operasi yang dijalankan di tiga lokasi berasingan termasuk Kampung Sembulan, Cenderamata 2 dan Sepanggar.

“Semasa ditahan kita menemukan sejumlah dadah pada suspek dan 10 lagi suspek ditahan kerana terbabit penyalahgunaan serta penagihan dadah,” katanya sambil menambah operasi dilaksanakan bermula 7 hingga 10 Oktober lalu.

Beliau berkata, 14 daripada suspek adalah antara 46 tangkapan keseluruhan yang dijalankan selama seminggu bermula 5 hingga 11 Oktober iaitu pelaksanaan sebanyak 19 serbuan di sini.

“Bagi jumlah terbabit seramai 10 individu keseluruhan memiliki dadah, manakala 36 lagi positif dadah jenis syabu.

“Kesemua suspek termasuk sembilan warga asing berumur 18 hingga 67 tahun disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Tambahnya, pihaknya juga berjaya merekodkan keseluruhan 1.64 gram syabu bernilai RM82 sepanjang operasi dilaksanakan.

  • oleh
  • Advertisement