Anda di sini

Christian bawa cabaran negara ke Pertandingan Tenis Antarabangsa Kunming 2019

Advertisement
 Christian (empat dari kiri) dan Johnson (enam dari kiri) bersama skuad Malaysia yang menyertai Pertandingan Tenis Antarabangsa Kunming 2019.
SKUAD TENIS MALAYSIA: Christian (empat dari kiri) dan Johnson (enam dari kiri) bersama skuad Malaysia yang menyertai Pertandingan Tenis Antarabangsa Kunming 2019.

KOTA KINABALU: Pemain kebangsaan Sabah, Christian Didier Chin antara 10 pemain tersenarai membawa cabaran Malaysia ke Pertandingan Tenis Antarabangsa Kunming 2019 pada 13-19 Oktober.

Christian bersama lima pemain iaitu Shamirul Shahril, Syed Mohamad Agil, Suhana Sofia, Jawairiah Noordin dan Theiviya Selva Rajoo bertanding dalam kategori dewasa.

Empat lagi dalam kategori junior iaitu Hayden Khoo, Tan Lin En, Sharifah Elsa dan Iman Syuhada.

Bersama pasukan ialah Suresh Achyutha selaku jurulatih dan dua pegawai pasukan iaitu Dato' Sallahuddin dan Johnson Koh.

Johnson yang juga Presiden Persatuan Tenis Sabah (STA) berkata, pasukan dijadualkan berangkat ke Kunming semalam manakala pertandingan akan bermula esok (Isnin).

Menurutnya, dua kategori dipertandingkan iaitu acara berpasukan campuran dan berpasukan junior campuran.

Acara berpasukan campuran melibatkan seorang pemain perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran manakala junior campuran terdiri dari pemain berusia 16 tahun ke bawah yang terdiri dari perseorangan lelaki dan wanita serta beregu campuran.

"Kami akan cuba yang terbaik bukan sahaja untuk membawa balik pingat tetapi juga pengalaman," kataa Johnson ketika dihubungi semalam.

  • oleh
  • Advertisement