Anda di sini

Belia Kota Belud julang Piala Azhar Matussin

Advertisement
 Azhar (kanan) menyampaikan hadiah kemenangan kepada johan pertandingan berkenaan.
TAHNIAH: Azhar (kanan) menyampaikan hadiah kemenangan kepada johan pertandingan berkenaan.

KOTA KINABALU: Pasukan Belia Kota Belud dinobatkan johan Pertandingan Sepak Takraw Piala Azhar Matussin yang diadakan di gelanggang sepak takraw Kompleks Sukan Likas baru-baru ini.

Belia Kota Belud bergelar johan selepas mengalahkan pasukan Paman dengan kiraan  21-13  dan 21-16 pada pertemuan akhir kejohanan berkenaan.

Dengan keputusan itu, pasukan Paman menduduki tempat kedua dan pasukan Esbab B serta Istiqomah dari Kudat berkongsi kedudukan di tempat ketiga.

Dalam kejohanan yang diadakan berkenaan, sebanyak 60 pasukan telah berdaftar untuk menyertai pertandingan.

Bagaimanapun, atas nasihat dari pihak Persatuan Sepaktakraw Negeri Sabah (ASTAKA) dengan jangka masa perlawanan diadakan, hanya 40 pasukan sahaja dibenarkan bertanding.

Pasukan yang bertanding terdiri pasukan daripada daerah Papar, Kota Belud, Kudat, Tuaran, Sipitang, Sepanggar serta daerah lain.

Hadir sama dalam kejohanan itu ialah Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai Azhar Matussin .

  • oleh
  • Advertisement