Anda di sini

Belanjawan 2020 pacu landskap baharu bagi pertumbuhan

Advertisement

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2020 menyahut gesaan golongan muda, kerana ia menyasarkan untuk menarik lebih banyak pelaburan untuk memacu negara memasuki landskap baharu pertumbuhan dan mewujudkan kerja baharu dengan upah lebih baik, dan pada masa yang sama berhemah dengan kewangan negara dan memastikan kekayaan diagihkan dengan baik dalam semangat kemakmuran bersama.

Dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini di parlimen, empat teras yang menjadi tunggak belanjawan bertemakan ‘Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama’ antara lain bertujuan untuk memacu pertumbuhan ekonomi dalam ekonomi baharu dan era digital.

Lainnya, melabur dalam Malaysia: menyelaraskan modal insan, mewujudkan masyarakat yang bersatu, inklusif dan saksama; dan mencergaskan institusi awam dan kewangan.

Untuk menarik sasaran syarikat Fortune 500 dan unicorn global dalam sektor teknologi tinggi, pembuatan, kreatif dan ekonomi baharu, kerajaan akan menyediakan pakej insentif istimewa bernilai RM1 bilion setahun bagi tempoh lima tahun, kata Lim.

Ini merupakan belanjawan kedua dibentangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan sejak mendapat mandat selepas pilihan raya umum pada Mei 2018.

Belanjawan turut menyediakan pakej insentif pelaburan RM1 bilion setahun bagi tempoh lima tahun untuk mentransformasi perniagaan yang mencatatkan prestasi terbaik dan paling berdaya maju Malaysia untuk menjadi perusahaan paling kompetitif dalam pasaran eksport global.

Kerajaan juga akan menyediakan insentif cukai untuk meningkatkan aktiviti nilai tambah tinggi dalam industri elekrtik dan elektronik untuk beralih kepada Ekonomi Digital 5G dan Industri  4.0.

“Kerajaan Pakatan Harapan komited untuk terus menambah baik iklim perniagaan di Malaysia.

‘’Satu daripada pembaharuan penting yang akan dilaksanakan untuk memudahkan dalam menjalankan perniagaan adalah dengan mengurangkan beberapa langkah untuk mendaftar perniagaan,” katanya.

Berikutan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan terus menjadi tulang belakang negara, kerajaan akan terus memberi sokongan kepada usahawan kecil dan sederhana yang sedang meningkat naik menerusi SME Bank, yang akan memperkenalkan dua dana baharu, dengan kerajaan akan menyediakan dan memberi subsidi pada kadar faedah tahunan dua peratus untuk mengurangkan kos pinjaman.

“Untuk PKS terus kekal berdaya saing, mereka perlu terus mengembangkan eksport mereka. — Bernama

Advertisement