Anda di sini

Belanjawan 2020 belanjawan berpaksikan Semenanjung

Advertisement
DR SIM KUI HIAN
DR SIM KUI HIAN

KUCHING: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian menyifatkan belanjawan daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai belanjawan berpaksikan Semenanjung Malaysia.

Menurut beliau, kerajaan PH gagal menunaikan janji mereka, iaitu sekurang-kurangnya 30 peratus bagi Sabah dan 16 peratus bagi Sarawak daripada peruntukan pembangunan keseluruhan belanjawan.

Malahan kata beliau, begitu juga janji kerajaan PH mengenai 20 peratus royalti minyak dan gas kepada Sarawak.

“Sarawak tengok sahaja. Sekali lagi mereka gagal menunaikan tanggungjawab mereka untuk menyediakan keperluan bagi Sarawak agar dapat membangun seperti Semenanjung Malaysia.

“Sudah tiba masanya untuk mereka memberikan semula autonomi tanpa melengahkannya agar Sarawak dapat melaksanakan tugas-tugas pentingnya dengan sendiri,” katanya ketika dihubungi bagi mengulas mengenai Belanjawan 2020 di sini, semalam.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat, semalam memberitahu, kerajaan PH terus komited mengutamakan keperluan Sabah dan Sarawak melalui pelbagai ‘goodies’ untuk kedua-dua negeri itu menerusi Belanjawan 2020 yang dibentangkan semalam.

Katanya, Sabah dan Sarawak kekal sebagai negeri yang menerima Perbelanjaan Pembangunan tertinggi dengan peruntukan masing-masing sebanyak RM5.2 bilion dan RM4.4 bilion bagi tahun depan.

Beliau berkata, kerajaan bercadang untuk menggandakan pemberian khas tahunan di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak bermula 2020.

Jelasnya sejak 1969, pemberian khas yang merupakan sebahagian daripada geran persekutuan itu, iaitu sebanyak RM26.7 juta untuk Sabah dan RM16 juta untuk Sarawak, belum pernah disemak semula.

“Oleh itu buat pertama kalinya bermula tahun 2020, kerajaan Pakatan Harapan bercadang untuk menggandakan kadar tersebut kepada RM53.4 juta untuk Sabah dan RM32 juta untuk Sarawak,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat.

  • oleh
  • Advertisement