Anda di sini

Turki serang pasukan Kurdish di timur laut Syria

Advertisement
 Orang awam melarikan diri bersama harta benda mereka ketika tentera Turki melancarkan serangan ke atas bandar Ras al-Ain di timur laut Syria kelmarin. — Gambar Delil Souleiman/AFP
TIDAK SELAMAT: Orang awam melarikan diri bersama harta benda mereka ketika tentera Turki melancarkan serangan ke atas bandar Ras al-Ain di timur laut Syria kelmarin. — Gambar Delil Souleiman/AFP

RAS AL-AIN: Turki telah melancarkan serangan yang meluas ke atas kawasan yang dikuasai puak Kurdish di timur laut Syria, dengan serangan bom yang intensif diikuti operasi serangan darat yang dimungkinkan oleh pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS).

Presiden Recep Tayyip Erdogan kelmarin meng-umumkan permulaan sera-ngan itu di Twitter dan tidak lama kemudian jet dan artileri menyasari kedudukan Kur-dish di sepanjang sempadan, yang memaksa ribuan orang awam lari dari kampung halaman mereka.

Ia disusuli pada lewat petang oleh permulaan operasi darat, kata kementerian pertahanan Turki.

Presiden AS Donald Trump memberi amaran bahawa beliau akan “memusnahkan” ekonomi Turki jika operasi negara tersebut tidak dikendalikan “dengan cara yang berperikemanusiaan”.

Serangan itu sudah di-jangkakan sejak beliau meng-umumkan pengunduran tentera AS dari sempadan pada Ahad lepas, tetapi sera-ngan tersebut mencetuskan kecaman antarabangsa, dan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dijadualkan semalam.

Liga Arab berkata, ia akan mengadakan mesyuarat tergempar di Kaherah pada 12 Oktober.

Observatori Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) yang berpangkalan di Britain berkata, 16 anggota militia Tentera Demokratik Syria (SDF) pimpinan Kurdish terkorban pada awal operasi serangan Turki.

SOHR dan SDF melaporkan pertempuran yang se-ngit berhampiran kota Tal Abad.

Kementerian pertahanan Turki berkata di Twitter bahawa tenteranya sudah menyerang 181 sasaran “kumpulan pengganas” Kurdish setakat ini.

Jurucakap bagi salah satu kumpulan militan Syria yang pro-Turki memberitahu AFP, fasa darat dalam operasi mereka bermula di Tal Abad, dan media Turki melaporkan tentera khas dan kendera-an perisai sudah masuk di beberapa pintu sepanjang sempadan.

Pengunduran AS menamatkan perikatannya dengan tentera Kurdish yang menerajui perang darat selama lima tahun menentang kumpulan Daesh (IS) di Syria.

Trump mempertahankan keputusannya dengan me-nyatakan orang Kurdish tidak “membantu kita di Normandy”.

Ketua NATO Jens Stoltenberg menggesa Turki untuk menunjukkan “kesabaran’ dalam operasi menentang tentera Kurdish di Syria, dan memberi amaran tentang risiko kepada peperangan menentang IS.

SDF menyeru kepada masyarakat antarabangsa untuk menguatkuasakan zon larangan terbang sebagai perlindungan daripada “krisis kemanusiaan yang memang akan berlaku”.

Erdogan, yang menggelar serangan itu “Operasi Musim Bunga Keamanan”, berkata operasi serangan itu perlu untuk mengekang kuasa SDF kerana hubungannya dengan pemberontak Kurdish dalam negara Turki.

Beliau juga mahukan “zon selamat” di sebelah sempadan Syria di mana Turki dapat menghantar balik sebahagian daripada 3.6 juta pelarian yang diterimanya dari perang saudara selama lapan tahun di Syria.

Setiausaha Negara AS Mike Pompeo berkata, “orang Turk mempunyai kebimbangan yang sewajarnya mengenai keselamatan”.

“Mereka ada ancaman pengganas di selatan negara mereka,” katanya.

Sehubungan itu, pihak berkuasa Kurdish meng-umumkan mobilisasi umum, dan menggesa semua orang awam untuk “pergi ke sempadan dengan Turki dan memberikan tentangan pada waktu bersejarah yang rumit ini”.

Pemimpin Kurdish berkata, mereka akan meletakkan tanggungjawab bagi sebarang “bencana kemanusiaan” ke atas sekutu mereka selama ini AS dan seluruh masyarakat antarabangsa.

Di Ras al-Ain, pasukan ke-selamatan pimpinan Kurdish mendirikan pos pemeriksaan dan mengumpul tayar untuk dibakar bagi mengaburi pandangan juruterbang tentera Turki, seorang wartawan AFP melaporkan.

Ras al-Ain merupakan salah satu tempat dari mana tentera AS berundur pada Isnin lepas.

“Kami tidak akan meninggalkan bumi ini,” kata Kaws Seem, seorang penduduk Ras al-Ain yang berusia 32 tahun.

“Peperangan sudah me-ngejar kami selama bertahun-tahun, dan setiap hari Erdogan mengugut kami dengan serangan baharu,” tambahnya.

SDF pimpinan puak Kurdish berkata, mereka kehilangan 11,000 anggota dalam operasi menentang IS selama bertahun-tahun yang mencapai kemuncak pada Mac lalu dengan satu pertempuran menentang kubu kuat terakhir pemerintahan khalifah IS di Baghouz.

Trump telah dikritik hebat, termasuk oleh sekutu erat di Washington, kerana seakan-akan membiarkan sekutu AS itu menanggung nasib mereka sendiri.

Negara kuasa serantau Arab Saudi turut mengecam operasi itu dengan menyata-kan ia akan memberi “akibat yang negatif kepada kestabilan dan keselamatan di rantau ini”. — AFP

Advertisement