Anda di sini

Saksikan Supermatch ‘Malaysia vs Jepun’ hari ini

Advertisement
 Penggusti lengan (dari dua kiri) Bernice, Yoko dan Abigail bersama Zil (kiri) dan Stephen Kee (kanan) merakam kenangan.
AKAN BERTARUNG: Penggusti lengan (dari dua kiri) Bernice, Yoko dan Abigail bersama Zil (kiri) dan Stephen Kee (kanan) merakam kenangan.

KUCHING: Jaguh Liga Gusti Lengan Profesional (PAL) bakal beradu kekuatan dalam perlawanan Supermatch ‘Malaysia vs Jepun’ yang akan diadakan di Pusat Latihan Gusti Lengan Mazurenko Premier 101, Kompleks Komersial Premier 101, hari ini.

Antara yang beraksi jaguh gusti lengan wanita Jepun juga juara Terbuka Jepun 2019, Yoko Yamada yang akan bertarung dengan jaguh gusti lengan wanita Malaysia, Abigail Kee Zing Ning dan Bernice Gan Siew Hua dalam dua Supermatch, yang berdasarkan lima pertarungan terbaik.

Yoko, 43, dari Tokyo, akan bertarung dengan wakil Malaysia berusia 27 tahun, Bernice untuk kategori tangan kiri bawah 45kg sementara lawannya bagi kategori tangan kanan bawah 45kg, Abigail, 15.

Abigail dan Bernice dianggap lawan yang mencabar kepada Yoko kerana Abigail merupakan juara kebangsaan bagi kategori tangan kanan bawah 65kg wanita, sementara Bernice juara bagi kategori tangan kiri bawah bawah 65kg wanita.

Bagi ranking PAL, Yoko adalah berada di kedudukan nombor satu dan Abigail di tempat kedua dalam kategori tangan kanan bawah 65kg wanita, sementara Bernice di tempat ketiga bagi kategori tangan kiri bawah 65kg wanita.

“Saya tewas kepada Yoko pada Kejohanan yang semasa Premier 101 International Charity Armwrestling Championship di sini, April lepas.

“Namun, saya telah melakukan latihan selepas itu dan saya sudah bersedia sepenuhnya untuk mengambil peluang dalam pertarungan ini dengan lebih banyak pengalaman bersama Yoko lagi,” kata Bernice.

Manakala bagi Abigail yang telah telibat dalam gusti lengan sejak berusia 12 tahun, ini merupakan kali pertama beliau berdepan Juara Kejohanan Dunia 2005 itu.

“Saya yakin untuk bertarung dengan Yoko tetapi saya merasakan ia bukan satu perlawanan mudah kerana beliau baru-baru ini menang Terbuka China, sekali gus yang memberi lebih banyak pengalaman dan saya percaya beliau sudah bersedia sepenuhnya,” kata Abigail.

Sementara itu, Yoko turut melahirkan keyakinannya dalam pertarungan terhadap dua lawannya itu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Presiden Persatuan Gusti Lengan Malaysia (MyArm) Stephen Kee kerana menjemput saya ke Kuching bagi Supermatch ini.

“Saya akan melakukan yang terbaik untuk tidak mengecewakan peminat dan penyokong saya dan saya berharap semua akan menikmati perlawanan esok (hari ini),” katanya.

Pertarungan yang bakal menjanjikan persaingan hebat itu diiktiraf Liga Profesional Gusti Lengan dan merupakan Vendeta General.

Pengadil bagi kedua-dua Supermatch ialah Mohd Zil Fadli yang juga merupakan presiden MyArms juga ketua pengadil.

Zil akan dibantu oleh Abisadj Kee, satu-satunya pengadil gusti lengan wanita yang sah di Malaysia.

Advertisement