Anda di sini

Sabah mahu manfaatkan kelebihan gelanggang sendiri

Advertisement
 Peserta kejohanan boling padang Sabah Open Pairs 2019 bersama Arunarnsin selepas majlis perasmian di gelanggang boling padang KSKK semalam.
PESERTA: Peserta kejohanan boling padang Sabah Open Pairs 2019 bersama Arunarnsin selepas majlis perasmian di gelanggang boling padang KSKK semalam.

KOTA KINABALU: Sabah akan manfaatkan kelebihan gelanggang sendiri untuk mengungguli kejohanan boling padang Sabah Open Pairs 2019 yang berlangsung di Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK) bermula semalam.

Presiden Persatuan Boling Padang Sabah (Bowls Sabah), Datuk Ladislaus Maluda berkata, Sabah akan diwakili beberapa atlet Sukan Malaysia (SUKMA) dan pelapis pada kejohanan selama empat hari itu.

Menurutnya, peluang pasukan-pasukan pada kejohanan itu agak seimbang dengan ketiadaan juara bertahan dari Perak tahun lalu.

Pada awalnya, kejohanan itu dijangka disertai lebih 50 pasukan termasuk juara bertahan tetapi sehingga perasmiannya semalam, hanya 49 pasukan yang telah mengesahkan pendaftaran penyertaan.

Pembantu Menteri Belia Dan Sukan, Arunarnsin Taib mewakili menterinya Phoong Jin Zhe merasmikan kejohanan itu.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai RM4,000 untuk juara, kedua RM2,000, pemenang bersama tempat ketiga RM1,000 dan pemenang tempat kelima hingga kelapan RM500.

  • oleh
  • Advertisement