Anda di sini

Lucky kekal di puncak Liga Twin-Battle Tay Motors selepas atasi Bossku 11-9

Advertisement
 (Dari kiri) Yean Chia Ming, Lim Cho Kwang, Benny Teo dan Willing Chung mewakili Elite yang mencatat kemenangan terbesar pada minggu lepas.
TERUS MENCABAR: (Dari kiri) Yean Chia Ming, Lim Cho Kwang, Benny Teo dan Willing Chung mewakili Elite yang mencatat kemenangan terbesar pada minggu lepas.

KUCHING: Lucky kekal di puncak Liga Twin-Battle Tay Motors susulan kemenangan 11-9 dengan mengatasi Bossku pada Ahad lepas.

Twin turut memberi Lucky kelebihan 5.26 mata Peterson ke atas pencabar terdekat, Elite selepas mencatat mata maksimum dari perlawanan ‘blind-score’.

Bossku jatuh ke tangga ketiga susulan kekalahan tersebut namun Tay Motors naik ke tangga keempat selepas mencatat kemenangan 15-5 ke atas N’Four FS.

Naik ke tangga kelima pasukan Petra Giant yang mencatat kemenangan 15-5 mengatasi Strike Hun manakala Frenz jatuh ke tangga keenam meskipun mencatat kemenangan 12-8 ke atas pasukan di tangga ketujuh, Lucky Strike.

Pada masa sama, Abang Azlan Yunus mewakili Bossku berada di kedudukan teratas anugerah Individual High Game dan Individual High Series (Scratch) dalam kategori berempat.

Abang Jamallidon dari Frenz pula menungguli anugerah Individual High Game dan Individual High Series (Handicap).

Lucky dalam pada itu berada di hadapan Tay Motors untuk perebutan anugerah Team High Game (Scratch) dalam kategori berempat sambil Tay Motors mendominasi anugerah Team High Game (Handicap) dan Team High Series (Scratch & Handicap).

Advertisement