Anda di sini

Hasil minyak Ecuador terjejas tatkala protes semakin teruk

Advertisement
 Penunjuk perasaan melontar bom minyak ke arah polis rusuhan ketika membantah pemansuhan subsidi bahan bakar di Quito, Ecuador kelmarin. — Gambar Ivan Alvarado/Reuters
HURU-HARA: Penunjuk perasaan melontar bom minyak ke arah polis rusuhan ketika membantah pemansuhan subsidi bahan bakar di Quito, Ecuador kelmarin. — Gambar Ivan Alvarado/Reuters

QUITO: Penunjuk perasaan di Ecuador bertelingkah dengan pasukan keselamatan kelmarin dalam demonstrasi ganas hari kedua berhubung kenaikan harga bahan bakar yang memaksa kerajaan untuk menggantung kebanyakan penghantaran minyak mentah di negara tersebut.

Keganasan berlaku apabila ribuan orang yang mewakili kumpulan penduduk peri-bumi, petani, pelajar dan kesatuan sekerja berarak ke sebuah dataran di pusat bersejarah Quito berhampiran ibu pejabat kerajaan.

Penunjuk perasaan yang menutupi muka melontar bom minyak dan batu turap.

Awan gas pemedih mata dan lapisan asap hitam dari tayar yang terbakar naik di atas kawasan kolonial di pusat ibu kota, sebuah tapak warisan dunia UNESCO.

Selepas pertelingkahan berlaku di kawasan itu pada Selasa lepas, kerajaan Presiden Lenin Moreno mengerahkan pasukan kese-lamatan untuk menghalang perarakan daripada sampai ke dataran.

Penunjuk perasaan kelmarin  memisahkan diri daripada perarakan utama dan melontar batu ke arah polis rusuhan, yang membalas dengan tembakan gas pemedih mata dan meriam air.

Beberapa orang terce-dera dalam pertelingkahan tersebut.

Penunjuk perasaan me-nuntut Moreno mengembali-kan semula subsidi bahan bakar yang dimansuhkan selepas pinjaman sebanyak AS$4.2 bilion (RM17.6 bili-on) dipersetujui dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

“Tanpa sebarang keragu-an, ini akan diselesaikan tidak lama lagi,” kata Moreno dalam satu video yang disiarkan menerusi televisyen selepas keganasan berlaku.

Namun ketua peribumi Salvador Quishpe berkata, “demonstrasi masih berjalan, ia belum lagi berakhir”.

Sementara itu ribuan berhimpun di kota pelabuhan Guayaquil yang terletak kira-kira 270 kilometer ke barat daya Quito, untuk membantah demonstrasi yang sedang berlaku di ibu negara.

“Demokrasi tidak akan tumbang di lebuh Guaya-quil!” kata Datuk Bandar Cynthia Viteri kepada orang ramai, kebanyakannya berpakaian serba putih dalam demonstrasi prokeamanan.

Perbincangan dengan ketua organisasi penaung peribumi yang berpengaruh CONAIE turut berlangsung di Guaya-quil, di mana Moreno memindahkan operasi kerajaannya pada Isnin lepas disebabkan oleh gangguan yang berterusan di ibu negara.

“Dialog sedang diadakan dengan saudara peribumi yang malangnya ada keperlu-an,” kata Moreno mengenai kumpulan yang meliputi sesuku daripada populasi seramai 17.3 juta penduduk di negara itu.

Pergolakan itu mengancam untuk menyebabkan ke-rosakan yang lebih meluas ke atas ekonomi yang sudah pun lemah.

Kementerian tenaga me-ngumumkan ia akan menutup satu daripada dua saluran paip minyak domestik di negara itu, seterusnya menggantung dua pertiga daripada penyaluran mi-nyak mentah.

“Disebabkan oleh penutupan ini, kami sedang mengkaji kemungkinan untuk mengisytiharkan ‘Force Majeure’”, satu mekanisme untuk mengelak negara itu daripada dikenakan denda kerana menangguhkan penghantaran minyak mentah, kementerian itu menyebut dalam satu kenyataan.

Penunjuk perasaan merampas tiga kemudahan minyak dalam Hutan Amazon pada awal minggu ini.

Ecuador, yang keluar dari kartel minyak antarabangsa OPEC pada minggu lepas kerana kekangan ekonomi, menghasilkan lebih 500,000 tong minyak sehari – yang bernilai kira-kira AS$4.6 bilion (RM19.3 bilion) dalam bentuk eksport bagi tempoh enam bulan pertama pada tahun ini.

Demonstrasi meletus selepas kenaikan setinggi 120 peratus pada harga bahan bakar berkuatkuasa pada 3 Oktober lalu.

Ia sudah mengorbankan seorang warga awam dan mencederakan 77 orang, kebanyakannya anggota keselamatan, kata kerajaan.

Sebelum protes pada Rabu, 477 orang telah ditahan.

Moreno menuduh bekas presiden dan bekas sekutunya Rafael Correa bersama Presiden Venezuela Nicolas Maduro “cuba melancarkan kudeta”.

Correa telah menuntut diadakan pilihan raya awal dan menafikan beliau cuba menggulingkan Moreno.

“Tidak ada rampasan kuasa di sini. Konflik dalam demokrasi diselesaikan menerusi pilihan raya,” kata Correa yang berpangkalan di Belgium dalam sebuah video yang diterbitkan dalam media sosial. — AFP

Advertisement