Anda di sini

Durian Cafe saji pelbagai hidangan enak

Advertisement
 Durian Cafe yang terletak di Jalan Merbau, Miri.
HANYA DI SINI: Durian Cafe yang terletak di Jalan Merbau, Miri.

MIRI: Durian Cafe, sebuah restoran yang terletak di tengah kesibukan bandar raya Miri, kini mencuri tumpuan para pengunjung yang ingin merasai hidangannya.

Terletak di Jalan Merbau sini, restoran yang telah beroperasi dua bulan ini bukan sekadar unik pada namanya tetapi juga pada sajiannya.

Umum diketahui ia me-nyajikan buah durian segar seperti durian Musang King, durian Duri Hitam dan durian kampung. Selain itu, para pengunjung boleh merasai hidangan nasi lalapan seperti lalapan ayam serta durian Musang king dan cendol durian yang mungkin hanya terdapat di restoran ini di Miri

Untuk para penggemar makanan tempatan, restoran ini turut menyajikan laksa Sarawak, bakso daging, lalapan ikan, mi goreng, mi mamak, rojak, sotong kangkung, sotong tauhu, siew mai dan banyak lagi.

LAKSA SARAWAK
LAKSA SARAWAK

Menurut pemiliknya Robert Chieng, restoran ini sedang menganjurkan promosi makanan di mana para pelanggan boleh merasai laksa Sarawak dan nasi lemak pada hanya RM4.90 setiap satu.

Sajian lain termasuklah kentang goreng (French Fries), sayap ayam goreng, nugget ayam dan ‘ayam popcorn’.

Untuk pencuci mulut, silalah memesan bubur chacha, bubur kacang merah, ais krim dan cendol dengan pilihan durian Duri Hitam, Musang King atau durian kampung.

NASI LEMAK
NASI LEMAK

Terdapat juga set sarapan pagi seperti kopi/teh dengan roti kahwin atau telur setengah masak atau pilihan kopi/teh dengan sepinggan nasi lemak.

Tambah Chieng lagi, beliau bercadang memperkenalkan lebih banyak hidangan baharu seperti lebih banyak variasi mi dan nasi dan juga ‘dim sum’ pada masa akan datang.

Durian Cafe dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 7 malam.

Advertisement