Anda di sini

Tujuh individu didenda, Perintah Kehadiran Wajib

Advertisement

KOTA KINABALU: Seramai tujuh individu dikenakan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) dan denda, oleh Mahkamah Sesyen di sini, kerana mencemarkan kawasan premis masing-masing.

Hakim Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu setelah mereka mengaku bersalah atas pertuduhan terbabit semalam.

Ibrahim Robin dan Abdul Yabin Hamdan masing-masing didenda RM2,000 atau penjara satu bulan penjara.

Sementara Dererien Chau, Shellintika Marius, Julitah Omar, Wainti Akai dan Muhamad Jamail diperintahkan menjalani PKW selama sebulan empat jam sehari untuk membersihkan kawasan.

Atas kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Undang-Undang Kecil 6 Anti Sampah Sarap 1984, memperuntukkan denda maksimum RM10,000 dan denda RM500 sehari jika kesalahan berterusan.

Mereka didapati meletakkan, membaling dan membuang sampah di persekitaran mereka yang terletak dibawah bidang kuasa Dewan Bandaraya.

Dalam kes berasingan, dua lelaki dan seorang wanita warga asing dikenakan penjara empat bulan kerana masuk ke negara ini tanpa pas yang sah.

Hakim Azreena Aziz menjatuhkan hukuman itu terhadap Lan Ebang, Hajiji Hussin Dato Sabahjaan dan Nang Bersi selepas mereka mengaku bersalah  mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963.

Hukuman yang diperuntukkan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Dalam pada itu, mahkamah memerintahkan satu sebatan dikenakan terhadap Lan.

Setelah selesai menjalani pemenjaraan, mereka diperintahkan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk data biometrik direkodkan sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing.

  • oleh
  • Advertisement