Anda di sini

TBS Cawangan Miri serah bantuan kepada mangsa kebakaran

Advertisement
 Marini (kiri) menyampaikan sumbangan TBS kepada Pagis (dua kiri) selepas rumah miliknya ranap dijilat api malam kelmarin.
RINGANKAN BEBAN: Marini (kiri) menyampaikan sumbangan TBS kepada Pagis (dua kiri) selepas rumah miliknya ranap dijilat api malam kelmarin.

MIRI: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Cawangan Miri semalam menyerahkan bantuan kepada mangsa kebakaran Pagis Omar, 80 dan keluarganya.

Kediaman milik Pagis di Kampung Kepayang Tiris Bekenu kira-kira 45 minit perjalanan dari Miri, musnah keseluruhannya dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.

Bantuan berbentuk wang tunai telah disampaikan Ketua Cawangan TBS Miri Marini Juraibi kepada mangsa kebakaran sambil disaksikan dua pegawai Mazarita Zakaria dan Shahlan Noruden.

Dalam kejadian itu, rumah setingkat tidak kekal yang didiami Pagis bersama dua lagi ahli keluarga iaitu Abil Pagis dan Norasmah Jong Abdul Wahad ranap sepenuhnya dijilat api.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kesemua mangsa sempat menyelamatkan diri.

Advertisement