Anda di sini

SPT dan KSRUS kekal tanpa kalah dalam Liga Serian/Lea

Advertisement
 Serian Project Team (kiri) dan Kelab Sukan Reakreasi Ulu Simunjan (KSRUS) masih kekal tidak terkalah dalam saingan Liga Serian/Lea Sports Centre 2019.
HEBAT: Serian Project Team (kiri) dan Kelab Sukan Reakreasi Ulu Simunjan (KSRUS) masih kekal tidak terkalah dalam saingan Liga Serian/Lea Sports Centre 2019.

KUCHING: Dua pasukan pilihan dari Kumpulan B, Serian Project Team (SPT) dan Kelab Sukan Rekreasi Ulu Simunjan (KSRUS) mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kempen Liga Serian/Lea Sports Centre 2019.

Ia selepas kedua-duanya cemerlang menumpaskan lawan masing-masing pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Serian hujung minggu lalu.

Serian Project Team membelasah TBS 23 (6-2) sekali gus mengekalkan kedudukan di tangga teratas dengan mengumpul tujuh mata, dua kemenangan dan sekali seri selepas mengharungi tiga perlawanan setakat ini.

Manakala, KSRUS mencatat kemenangan besar (4-1) ke atas Majlis Daerah Serian untuk berada di kedudukan kedua dengan lima mata, mencatat satu kemenangan dan dua kali seri dari jumlah perlawanan sama.

Sementara itu, dua lagi perlawanan lain turut berlangsung pada hujung minggu lepas.

Jaguh tanah tinggi, Gedong FC masih terus gagal untuk meraih kemenangan apabila sekadar mencatat keputusan seri (3-3) menentang FC Ting yang meletakkan mereka di kedudukan teratas Kumpulan A dengan 4 mata selepas mengharungi dua perlawanan.

Sambil kemenangan tipis (3-2) dicatat pasukan Marr SC ke atas Medic Serian.

Ia merupakan kemenangan pertama pasukan Marr SC untuk berada di tangga kedua ketika ini.

Advertisement