Anda di sini

Siasatan terhadap Trump tidak sah: Rumah Putih

Advertisement
 Trump menganugerahkan Pingat Presiden bagi Kebebasan kepada bekas Peguam Negara Edwin Meese                         di Rumah Putih di Washington, Amerika Syarikat kelmarin. — Gambar Reuters
ANUGERAH PINGAT: Trump menganugerahkan Pingat Presiden bagi Kebebasan kepada bekas Peguam Negara Edwin Meese di Rumah Putih di Washington, Amerika Syarikat kelmarin. — Gambar Reuters

NEW YORK: Rumah Putih tidak akan memberikan kerja-sama berhubung siasatan terhadap Presiden Donald Trump kerana menyifatkan tindakan itu sebagai “tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan”, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Perkara itu dimaklumkan menerusi surat yang dihantar kepada Demokrat kelmarin.

Surat setebal lapan muka surat itu antara lain me-ngatakan tiada keperluan untuk mengadakan siasatan dan tindakan itu tidak tertakluk dalam Perlembagaan Amerika Syarikat (AS).

“Presiden tidak melakukan sebarang kesalahan dan Demokrat tahu tentang itu,” kata setiausaha akhbar Rumah Putih Stephanie Grisham dalam satu ke-nyataan.

“Tindakan itu adalah penghinaan kepada Perlembagaan – kerana menafikan hak pre-siden untuk memanggil saksi, memperoleh akses kepada bukti.”

Surat yang ditulis pe-guam Trump, Pat Cipollone, menuduh Parti Demokrat berusaha “membatalkan keputusan” pilihan raya 2016 sambil cuba merosakkan peluang Trump untuk dipilih semula pada 2020.

Pada 24 September Demo-krat mahu menjalankan siasatan terhadap Trump berikutan terdapat maklumat mengatakan presiden itu berulang kali menekan Ukraine untuk campur ta-ngan dalam pilihan raya presiden 2020.

Sementara itu, pada 25 Julai lalu menerusi perbualan telefon dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky, Trump berulang kali menekan Zelensky untuk menyiasat bekas Naib Presiden Joe Biden dan anaknya, Hunter, atas dakwaan rasuah yang tidak berasas.

Biden adalah calon utama Demokratik yang akan menyertai pilihan raya presiden tahun depan, merupakan pencabar politik utama Trump.

Trump, wakil rakyat Republikan berulang kali menafikan beliau melakukan salah laku dan menuduh Demokrat hanya membuang masa. — Bernama

Advertisement