Anda di sini

Perbicaraan berprofil tinggi bermula di Turki

Advertisement
 Sekumpulan wanita memegang plakad dengan gambar Bulut ketika mereka berhimpun di luar mahkamah  di bandar Kirikkale di tengah Anatolia, Turki semalam. — Gambar AFP
TUNTUT KEADILAN: Sekumpulan wanita memegang plakad dengan gambar Bulut ketika mereka berhimpun di luar mahkamah di bandar Kirikkale di tengah Anatolia, Turki semalam. — Gambar AFP

ANKARA: Satu perbicaraan berprofil tinggi bermula semalam berhubung dengan kes seorang wanita Turki yang ditikam mati oleh bekas suaminya telah dirakamkan dalam video dan mencetuskan perdebatan mengenai peningkatan dalam pembunuhan wanita.

Pembunuhan Emine Bulut berusia 38 tahun pada Ogos menimbulkan kemarahan di seluruh Turki dan mencetuskan semula perdebatan mengenai keganasan terhadap wanita di negara itu.

Bulut, yang telah bercerai dengan suaminya kira-kira empat tahun sebelum itu, telah ditikam di sebuah kafe di depan anak perempuannya yang berusia 10 tahun di tengah Anatolia di bandar Kirikkale.

Satu rakaman video susulan serangan tersebut telah dimuat naik dalam talian menunjukkan Bulut di dalam kafe, dalam keadaan berlumuran darah, menjerit kepada anak perempuannya: “Saya tidak mahu mati.”

Budak perempuan yang menangis itu berkata: “Ibu, tolong jangan mati”.

Bekas suami Bulut, Fedai Varan, 43, berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup kerana “sengaja membunuh dengan perasaan jahat” sekiranya disabit salah.

Dia memberitahu polis bahawa Bulut telah menghinanya.

Menurut kumpulan hak asasi wanita ‘We Will Stop Femicide’, seramai 121 wanita telah dibunuh pada 2011.

Pada 2017 jumlah tersebut adalah 409 orang, sementara 440 telah dibunuh pada 2018.

Seramai 354 wanita telah dibunuh dalam tempoh sembilan bulan pertama pada 2019.

Beberapa pakar menyata-kan keganasan adalah sebahagiannya hasil daripada wanita mengamalkan kebebasan yang lebih besar – tidak selalunya diterima dengan baik di kalangan golongan konservatif dalam masya-rakat Turki.

Bercerai atau mengemuka-kan aduan jenayah terhadap pasangan yang berlaku kejam turut boleh membawa kepada serangan dan pembunuhan dalam sebuah masyarakat di mana ramai lelaki masih tidak boleh melihat wanita sebagai sama-rata.

Para aktivis telah mengkritik fakta bahawa, dalam beberapa kes pembunuhan, mahkamah Turki telah menjatuhkan hukuman penjara yang diringankan terhadap defendan yang mendakwa  telah “diprovok”.

Beberapa kumpulan hak asasi wanita telah menyeru bagi tunjuk perasaan di luar mahkamah semalam.

Turki telah meratifikasi Konvensyen Istanbul 2011 Majlis Eropah bagi menghalang keganasan domestik dan mempunyai undang-undang yang relevan meliputi tentang kesengsaraan itu.

Namun kumpulan aktivis menegaskan kerajaan harus lebih proaktif dalam melaksanakan undang-undang dan bekerja untuk melindungi wanita.

Mereka merujuk kepada kekurangan rumah perlin-dungan bagi wanita yang memerlukan dan menekankan kepentingan menyuarakan isu yang lebih meluas tentang ketidaksamarataan jantina dalam masyarakat Turki.

“Terdapat kepentingan bagi pendidikan secara meluas. Undang-undang harus dilaksanakan sebagai perlu oleh hakim, pendakwa raya dan polis,” Nuray Cevirmen dari Pertubuhan Hak Asasi Manusia di Ankara mem-beritahu AFP.

“Mekanisme untuk menghalang keganasan terhadap wanita dan jumlah rumah perlindungan harus ditingkatkan,” tambah beliau.

Cevirmen turut mengkritik dalam beberapa kes mahkamah yang mencadang-kan bahawa tindakan atau pakaian wanita mempunyai dalam beberapa cara  membawa keganasan terhadap mereka. — AFP

Advertisement