Anda di sini

Pemanah Sabah menang empat emas JIAT 2019

Advertisement
 Skuad memanah Sabah unggguli JIAT dengan memabawa balik empat pingat emas, empat perak dan satu gangsa.
MEMBANGGAKAN: Skuad memanah Sabah unggguli JIAT dengan memabawa balik empat pingat emas, empat perak dan satu gangsa.

KOTA KINABALU: Sabah merangkul 4 pingat emas, 4 perak dan 1 gangsa untuk mengungguli Pertandingan Memanah Antarabangsa Johor (JIAT) 2019 di Dataran Bandaraya Johor Bahru, 2-7 Oktober lalu.

Lee Kin Lip menjadi tulang belakang kejayaan Sabah itu apabila terlibat dalam semua pingat emas yang dimenangi termasuk dua dalam acara individu.

Kin Lip menang pingat emas  acara individu pusingan kelayakan dan pusingan Olimpik Compound lelaki.

Beliau kemudian bergandingan dengan Wong Co Wan dan Mohd Haziq Din Amidin untuk merangkul pingat emas acara pusingan Olimpik berpasukan Compound sebelum melengkapkan kemenangan 4 pingat emas dalam acara berpasukan campuran Compound di mana dia bergandingan dengan Madeleine Ong.

Pingat perak dimenangi Co Wan dalam acara individu pusingan kelayakan Compound lelaki, Medeleine (individu pusingan kelayakan Compound wanita), berpasukan pusingan Olimpik Compound wanita (Medeleine, Noryfasikin Bilau, Ardina Banadus) dan berpasukan pusingan Olimpik Recurve wanita (Inkacristie Stephen, Nur Soutun Naqibah Aziz, Caroline Fread).

Pingat gangsa tunggal dimenangi Inkacristie dalam acara individu pusingan kelayakan Recurve wanita.

Sabah diwakili 13 atlet yang terdiri daripada enam lelaki dan tujuh wanita serta diiringi tiga pegawai termasuk Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah (SSAA) Ir Haji Dzulkarnain Dzulkifli serta jurulatih Charley Chia dan Chong Yew Kim.

Atlet pula terdiri daripada Kin Lip, Co Wan, Haziq, Izzan Zaidan Anderson, Mohd Alif Anas Mohd Ariffin, Putra Mohamad Fyirdous  Haron, Inkacristie, Caroline, Nur Soutun, Kaitlyn Hannah Sernam, Madeleine, Noryfasikin dan Ardina.

Sabah adalah antara 54 pasukan melibatkan 338 peserta dari dalam dan luar negara mengambil bahagian pada kejohanan yang mempertandingkan 14 acara itu.

Pasukan tempatan yang mengambil bahagian terdiri daripada pasukan-pasukan negeri, pasukan elit Malaysia, universiti, angkatan tentera dan kelab-kelab memanah.

Pasukan dari luar negara pula ialah Brunei, Australia, Filipina, Singapura dan Batam Indonesia.

Dzulkarnin gembira dengan pencapaian Sabah yang dibarisi gandingan atlet senior dan pelapis pada satu-satunya kejohanan memanah bertaraf antarabangsa yang dianjurkan di Malaysia berkenaan.

"SSAA telah menggunakan peluang ini untuk menengahkan gabungan atlet atlet memanah
senior dan juga pelapis Sabah untuk mengasah dan menonjolkan bakat serta juga memberi
pengalaman bertanding di kejohanan bertaraf antarabangsa.

"Bagaimanapun, agak sayang pada  kejohanan ini, kita tidak dapat menghantar atlet SUKMA kerana mereka menduduki peperiksaan PT3 dan ada yang akan menduduki peperiksaan SPM," katanya.

Beliau berkata, penyertaan pada kejohanan itu membolehkan atlet menimba pengalaman bertanding dengan atlet atlet elit dari seluruh negara dan luar negara.

"SSAA berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Majlis Sukan Negeri Sabah kerana banyak membantu dalam pembangunan sukan memanah di negeri Sabah.

"Diharapkan dengan bantuan dan sokongan yang berterusan ini akan membolehkan SSAA menjadikan negeri Sabah sebagai 'Power House' sukan memanah di Malaysia," kata Dzulkarnain.

  • oleh
  • Advertisement