Anda di sini

Lelaki didakwa miliki dadah seberat 0.84 gram

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan berhadapan pemenjaraan maksimum lima tahun selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini,  atas tuduhan memiliki dadah seberat 0.84 gram.

Datu Azman Datu Sulaiman, 39,  yang tidak diwakili peguam bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

Tertuduh  didapati melakukan kesalahan itu bersama  Mohd Nazri Jaidin, 26, yang mana mereka didakwa mengikut seksyen 12 (2) Akta  Dadah  Berbahaya 1952.

Jika didapati bersalah, selain hukuman penjara boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Insp Suzie@Stephanie Kupit menyatakan laporan kimia sudah diperolehi.

Namun beliau tidak mencadangkan ikat jamin diberikan kepada Datu Azman kerana sebelum ini tuduh dikeluarkan waran tangkap.

Suzie juga memohon saman dikeluarkan kepada Mohd Nazri yang gagal hadir di mahkamah semalam.

Mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes terhadap tertuduh pertama dan saman kepada tertuduh kedua masing-masing pada 24 Oktober.

Sementara menunggu kes selesai, tiada jaminan diberikan kepada Datu Azman yang diperintahkan direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

  • oleh
  • Advertisement