Anda di sini

Gandingan Eddral/Amirdin johan beregu lelaki

 Eddral (berdiri lima dari kanan) dan Amirdin (tiga dari kiri) johan beregu lelaki Terbuka Sabah. Turut kelihatan pemenang tempat kedua (kiri), pemenang tempat ketiga (kanan) dan Syed Abdillah (bediri hadapan, kanan sekali).
JOHAN BEREGU LELAKI: Eddral (berdiri lima dari kanan) dan Amirdin (tiga dari kiri) johan beregu lelaki Terbuka Sabah. Turut kelihatan pemenang tempat kedua (kiri), pemenang tempat ketiga (kanan) dan Syed Abdillah (bediri hadapan, kanan sekali).

Kejohanan Badminton Ketua Wanita Keadilan P.182 Pensiangan Terbuka Sabah

KENINGAU: Gandingan Eddral Atek dan Datu Mohd Amirdin dari  Kelab Badminton DJARUM BC Kuala Lumpur muncul sebagai johan beregu lelaki pada Kejohanan Badminton Ketua Wanita Keadilan P.182 Pensiangan Terbuka Sabah baru-baru ini.

Pasangan tersebut menewaskan beregu dari Kelab Badminton WIN BA Kuala Lumppur Affeadrey Atek/Dede Ryan Philip dengan straight set 26-24, 21-16.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari di Gelanggang Badminton Patikang Keningau turut menyaksikan pemain kebangsaan Mohd Razib Abd Latif dari YS Team Kota Kinabau berentap bagi acara beregu lelaki gabungan umur 80 tahun.

Razib berpasangan dengan Sudirman Abas  mengalahkan rakan sekelab gandingan Bakri Burahima/Datu Mohd Amirdin Moksan 21-12, 21-19.

Sementara itu, beregu wanita Novice sekali lagi menyaksikan kelab badminton YS Team muncul sebagai johan dan naib johan.

Pasangan beregu Natasha Leslie/Tan See Hwa menewaskan beregu Chuah Sin Lui/Vivien Chew 21-19, 21-16.

Walau bagaimanapun  beregu lelaki gabungan umur 90 tahun Bakri Burahima/Sudirman Abas dari YS Team kecundang di tangan beregu Abidin Lambo/Roland Balandong dari Kelab Starlight Kota Kinabalu setelah bermain rubber set 21-14, 14-21 dan 21-10.

Manakala beregu lelaki Novice Aguwell Andrew/Ismail Ariffin dari Kelab TG Group Kota Marudu menewaskan Alphonso (Antenom BC) Tenom dan Wan Fazli (Wakanda) Kota Kinabalu  21-6, 21-14.

Beregu campuran terbuka Tan See Hwa dari YS Team yang berpasangan dengan Ling Dai Hou dari Kelab Ace Brio Kota Kinabalu turut menewaskan beregu Affready Atek/Adrina Aysha dari Kelab Legendary Kota Kinabalu 22-20, 21-12.

Rowena George yang berpasangan dengan Bedah Dallus dari Kelab LRC Keningau bagi acara beregu wanita gabungan umur 70 tahun turut menjuarai permainan dengan menewaskan pasangan Michele/Nursyahirah dari Kelab Red Fido Keningau 21-15, 16-21, 21-14.

Pengerusi kejohanan Syed Abdillah S Masdar berkata, seramai 400 pemain yang terdiri daripada 290 lelaki dan 110 wanita mengambil bahagian dalam 10 kategori yang dipertandingkan.

Katanya, sebanyak 89 kelab dari seluruh negara menyertai kejohanan ini yang melibatkan kelab-kelab badminton dari Kota Kinabalu, Keningau, Kota Marudu, Kota Belud, Tawau, Lahad Datu, Tambunan, Tenom, Papar, Beaufort, Ranau, Labuan, Miri dan Kuala Lumpur.

Katanya, sambutan yang memberangsangkan ini turut disertai  oleh pemain-pemain  yang pernah mewakili negeri dan bekas pemain kebangsaan seperti Mohd Razif Abdul Latif.

Katanya, kejohanan yang julung kalinya diadakan di Keningau ini merupakan anjuran Kelab Rekreasi PSKPPS Badminton Tenom dan Keningau telah dirasmikan oleh Ketua Wanita Keadilan P.182 Pensiangan Datin Rufinah Pengeran.

Beliau yang juga Pengerusi Teknik Badminton Tenom berharap kejohanan seperti ini  dapat menarik  minat dan bakat-bakat baharu dalam kalangan warga pendidik untuk membangunkan sukan ini dari peringkat sekolah rendah dan menengah.

Hadiah pemenang kejohanan telah disampaikan oleh Penasihat Kejohanan Badminton Jinli Ramli.