Anda di sini

Dua syarikat umrah Sabah meterai perjanjian persefahaman

Advertisement
 Ahmad Zin (kiri) mewakili Marmaz Cahaya dan Mohd Azlan mewakili Dynamic Tour bertukar dokumen MoU sambil diperhatikan oleh Marajoh (tengah) di majlis itu.
TUKAR DOKUMEN: Ahmad Zin (kiri) mewakili Marmaz Cahaya dan Mohd Azlan mewakili Dynamic Tour bertukar dokumen MoU sambil diperhatikan oleh Marajoh (tengah) di majlis itu.

KOTA KINABALU: Dua buah syarikat berkaitan umrah yang berpusat di Kota Kinabalu iaitu Marmaz Cahaya Travel & Tours Sdn Bhd dan Dynamic Tour Travel & Incentive Sdn Bhd mengadakan pemeteraian Perjanjian Persefahaman (MoU) yang berlangsung di Marmaz Cahaya Centre, Sadong Jaya, di sini.

Marmaz Cahaya Travel & Tours Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah Eksekutif Ahmad Zin Abd. Lamit, manakala Dynamic Tour Travel & Incentive Sdn Bhd diwakili Pengarah Eksekutif Mohd Azlan Saleh Abd Salam.

Majlis menandatangani MoU disaksikan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat Marmaz Group Holding Sdn Bhd Dato' Seri Marajoh Haji Unding.

Sebelum itu, Marajoh dalam ucapan ringkasnya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada syarikat Dynamic Tour Travel & Incentive Sdn Bhd kerana sudi menjalinkan kerjasama berkenaan.

"Semoga dengan kerjasama ini, akan memberikan impak positif dan saingan hebat kepada syarikat-syarikat umrah yang ada di Semenanjung.

 Ahmad Zin (duduk, dari kiri), Marajoh dan Mohd Azlan bergambar bersama barisan pegawai kedua-dua syarikat di majlis itu.
ALBUM KENANGAN: Ahmad Zin (duduk, dari kiri), Marajoh dan Mohd Azlan bergambar bersama barisan pegawai kedua-dua syarikat di majlis itu.

Katanya, selain mengendalikan umrah, Marmaz Cahaya Travel & Tours Sdn Bhd juga melaksanakan beberapa program iaitu Kelas Asas Taranum Al-Quran, Kelas Asas Al-Quran (Iqra),Kelas Asas Al-Quran (Tajwid), Kelas Tafsir Al-Quran dan Kelas Bahasa Arab di bawah bimbingan Bilal Ahmad Zin Abd. Lamit dan Julpah Naim.

Dalam pada itu Mohd Azlan Saleh dalam ucapan ringkasnya mengucapkan terima kasih kepada pihak Marmaz kerana memberi kepercayaan kepada syarikat Dynamic Tour Travel & Incentive Sdn Bhd bekerjasama menawarkan perkhidmatan perjalanan umrah.

Katanya, dengan termeterainya kerjasama hari ini, dapat disimpulkan sebagai satu tanda aras atas kepercayaan masyarakat terhadap khidmat syarikat yang diberikan.

"Syarikat kami juga sedia memberi kerjasama sepenuhnya dalam memberikan ruang kepada Marmaz memasarkan produk yang kami tawarkan kepada semua lapisan masyarakat," katanya.

Beliau seterusnya mempelawa Marmaz Cahaya menjadi agen sekali gus menjadi rakan dalam memasarkan produk umrah dan produk pelancongan sama ada luar dan dalam negeri.

 Sebahagian tetamu yang hadir menyaksikan pemeteraian Perjanjian Persefahaman (MoU) berkenaan.
HADIR: Sebahagian tetamu yang hadir menyaksikan pemeteraian Perjanjian Persefahaman (MoU) berkenaan.
  • oleh
  • Advertisement